Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bank Pertanian Malaysia Berhad, suatu syarikat yang diperbadankan di
Malaysia dan yang mempunyai alamat berdaftarnya di Tingkat 12, Bangunan Setia 1, 15
Jalan Dungun, Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur, dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 138(1) Akta berkenaan dengan aktiviti penyetujuterimaan deposit yang telah dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 137(1) Akta di bawah perenggan 3 tertakluk kepada syarat bahawa Bank Pertanian Malaysia Berhad hendaklah—
(a)
mematuhi apa-apa kehendak atau sekatan berhubungan dengan penerbitan apa-apa iklan berhubungan dengan aktiviti penyetujuterimaan deposit sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank secara bertulis dari semasa ke semasa; dan
(b)
jika pada pendapat Bank bahawa Bank Pertanian Malaysia Berhad telah menerbitkan apa-apa iklan berhubungan dengan aktiviti penyetujuterimaan deposit yang mengelirukan atau memperdayakan, atau yang mungkin mengelirukan atau memperdayakan, mematuhi arahan Bank untuk mengambil apa-apa langkah atau mengambil apa-apa tindakan berhubungan dengan iklan itu yang perlu untuk memperbetulkan keadaan itu.
(2)
Institusi yang ditetapkan yang dinyatakan dalam Jadual dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 138(1)
Akta berkenaan dengan aktiviti penyetujuterimaan deposit yang telah dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 137(1) Akta tertakluk kepada syarat bahawa institusi yang ditetapkan itu hendaklah—
(a)
mematuhi apa-apa kehendak atau sekatan berhubungan dengan penerbitan apa-apa iklan berhubungan dengan aktiviti
P.U. (A) 203 4
penyetujuterimaan deposit mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank secara bertulis dari semasa ke semasa; dan
(b)
jika pada pendapat Bank institusi yang ditetapkan itu telah menerbitkan apa-apa iklan berhubungan dengan aktiviti penyetujuterimaan deposit mereka yang mengelirukan atau memperdayakan, atau yang mungkin mengelirukan atau memperdayakan, mematuhi arahan Bank untuk mengambil apa-apa langkah atau mengambil apa-apa tindakan berhubungan dengan iklan itu yang perlu untuk memperbetulkan keadaan itu.