Skip to content

Seksyen 3

Pengecualian daripada subseksyen 137(1)

of Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pengecualian) 2013

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

(1)

Bank Pertanian Malaysia Berhad, suatu syarikat yang diperbadankan di

Malaysia dan yang mempunyai alamat berdaftarnya di Tingkat 12, Bangunan Setia 1, 15

Jalan Dungun, Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur, dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 137(1) Akta tertakluk kepada syarat bahawa Bank Pertanian

Malaysia Berhad hendaklah—

(a)

mematuhi apa-apa kehendak atau sekatan berhubungan dengan aktiviti penyetujuterimaan depositnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank secara bertulis dari semasa ke semasa; dan

(b)

jika pada pendapat Bank bahawa Bank Pertanian Malaysia Berhad sedang menjalankan aktiviti penyetujuterimaan deposit dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit atau orang awam secara am, mematuhi arahan Bank untuk mengambil apa-apa langkah atau

P.U. (A) 203 3

mengambil apa-apa tindakan berhubungan dengan aktiviti penyetujuterimaan depositnya yang perlu untuk memperbetulkan keadaan itu.