Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
"pengendali pelayaran tetap" ertinya suatu perusahaan yang—
(a)
menyediakan perkhidmatan pelayaran tetap; dan
(b)
merupakan suatu pihak kepada suatu Perjanjian Perkongsian Vesel atau
Perjanjian Perbincangan Sukarela;
“Perjanjian
Perbincangan
Sukarela”
ertinya suatu perjanjian antara pengendali-pengendali pelayaran tetap yang pihak kepada perjanjian itu boleh saling bertukar dan mengkaji semula isu komersial yang berhubungan dengan data pasaran, ramalan penawaran dan permintaan, aliran perdagangan antarabangsa dan arah aliran industri, dan garis panduan sukarela dan yang tidak terikat;
P.U. (A) 195 3
“Perjanjian
Perkongsian
Vesel”
ertinya suatu perjanjian antara pengendali-pengendali pelayaran tetap yang pihak kepada perjanjian itu hanya boleh membincangkan dan bersetuju mengenai perkiraan pengendalian yang berhubungan dengan penyediaan perkhidmatan pelayaran tetap, termasuk penyelarasan atau pengendalian bersama perkhidmatan vesel, dan pertukaran atau pencarteran ruang vesel;
“perkhidmatan pelayaran tetap” ertinya apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh pengendali pelayaran tetap kepada mana-mana pengguna pengangkutan atas bayaran bagi pengkontenaan barangan dan pengangkutan berjadual bagi barangan terkontena, atau pengangkutan barangan berjadual lain, oleh pengangkutan laut secara tetap—
(a)
melalui mana-mana laluan tertentu di antara pelabuhan; dan