Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Dalam hal suatu Perjanjian Perkongsian Vesel atau Perjanjian Perbincangan
Sukarela yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, salah satu pihak kepada perjanjian itu hendaklah memfailkan―
(a)
sesalinan perjanjian itu;
(b)
perubahan atau pindaan yang dibuat kepada perjanjian itu, jika ada; dan
(c)
jika perubahan atau pindaan perjanjian yang disebut dalam subsubperenggan (b) tidak dibuat secara bertulis, suatu memorandum yang memberikan perihalan terperinci mengenai perubahan atau pindaan perjanjian itu, dengan Suruhanjaya dalam masa dua bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini.
Dibuat 30 Jun 2014
[KPDN(BUU)26/5/71; PN(PU2)724]
TAN SRI DATO’ SERI SITI NORMA YAAKOB
Pengerusi
Suruhanjaya Persaingan
P.U. (A) 195 9
COMPETITION ACT 2010
COMPETITION (BLOCK EXEMPTION FOR VESSEL SHARING AGREEMENTS AND
VOLUNTARY DISCUSSION AGREEMENTS IN RESPECT OF LINER SHIPPING SERVICES)
ORDER 2014