Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Perintah Pinjaman Luar Negeri (Had Pinjaman di Sisi Undang-Undang) 1982

The text

PERPU TARAAN lehau

7 SEP 1982

JABATAN PEGUAM NEGARA

MALAYSIA

Warta Kerajaan

SERI PADUKA BAGINDA

DITERBITKAN DENGAN KUASA

HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 26 No.14

15hb Julai 1982

TAMBAHAN No. 41 PERUNDANGAN (B)

P.U. (B) 406.

AKTA PINJAMAN LUAR NEGERI 1963

PERINTAH PINJAMAN LUAR NEGERI (HAD PINJAMAN DI SISI UNDANG-UNDANG) 1982

Preamble

PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen kecil (3) seksyen 2 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963, Yang di-Pertuan 22/63. Agong menetapkan bahawa jumlah wang yang didapati di bawah Akta itu tidak boleh lebih daripada dua puluh ribu juta ringgit pada satu-satu masa.

Diperbuat pada 19hb Jun 1982. [Perb. O. 4358 Pt 4 Jd. 2; PN. (PU $ ^{2} $ ) 244.]

Dengan Titah Perintah,

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH,

Menteri Kewangan

(Akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat di bawah subseksyen (3) seksyen 2 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963.)

EXTERNAL LOANS ACT 1963

EXTERNAL LOANS (STATUTORY BORROWING CEILING) ORDER 1982

Preamble

IN exercise of the powers conferred by subsection (3) of section 2 of the External Loans Act 1963, the Yang di-Pertuan Agong specifies that the sums raised under the Act shall not exceed twenty thousand million ringgit at any one time.

Made the 19th June 1982. [Perb. O. 4358 Pt 4 Jd. 2; PN. $ ( \mathrm{P U}^{2} ) $ 244.]

By Command,

(To be laid before the Dewan Rakyat under subsection (3) of section 2 of the External Loans Act 1963.)

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH Minister of Finance

P.U. (B) 407. ORDINAN PERUSAHAAN NENAS 1957

PERATURAN-PERATURAN PERUSAHAAN NENAS (KAWALAN BUAH) 1979

PEMBERITAHUAN DI BAWAH PERATURAN 4

Preamble

MENURUT kewajipan yang dipertanggungkan oleh perenggan (5) peraturan 4 Peraturan-Peraturan Perusahaan Nenas (Kawalan Buah) 1979, Lembaga Perusahaan Nenas Tanah Melayu menetapkan bagi tempoh dari 1hb Julai 1982 hingga 31hb Disember 1982 harga yang akan dibayar oleh pengetin berdaftar bagi buah mentah pekebun yang diserahkan ke kilang mengetin berdaftar, dan surcaj bagi pengangkutan buah mentah ke kilang mengetin berdaftar seperti berikut:

s 1Harga buah mentah

Harga yang akan dibayar oleh pengetin berdaftar bagi buah mentah pekebun yang diserahkan dan diterima oleh pengetin berdaftar ialah 11.85 sen bagi satu kilogram.

s 2Surcaj bagi pengangkutan buah-buah mentah

Surcaj sebanyak 0.22 sen bagi satu kilogram bagi pengangkutan buah mentah kilang mengetin berdaftar hendaklah dibayar oleh semua pengetin berdaftar, dengan syarat bahawa bagi Kilang Nenas Malaysia Sdn. Bhd., surcaj itu hanya kena dibayar mengenai buah-buah mentah yang terbukti datangnya dari Muar, Batu Pahat, Kulai atau Simpang Rengam.

Bertarikh pada 1hb Julai 1982. [KPU (S) 0.1/1/85 (100); PN. $ \left(\mathrm{P U}^{2}\right) $ 78.]

WONG KUM CHOON,

Pemangku Pengerusi,

Lembaga Perusahaan Nenas Tanah Melayu