Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Diskaun

Perintah ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Pertama dengan Jadual yang berikut:

“JADUAL PERTAMA

[Perenggan 2(a)]

Jualan dan Pindah Milik

Balasan atau Nilai yang Dihukumkan

(yang mana lebih tinggi)

Skala Fi

Bagi RM500,000.00 yang pertama 1.0%

(tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM500.00)

Bagi RM500,000.00 yang berikutnya 0.8%

Bagi RM2,000,000.00 yang berikutnya 0.7%

Bagi RM2,000,000.00 yang berikutnya 0.6%

Bagi RM2,500,000.00 yang berikutnya 0.5%

Jika balasan atau nilai yang dihukumkan itu melebihi RM7,500,000.00

Boleh dirundingkan atas lebihan

(tetapi tidak boleh melebihi 0.5%

daripada lebihan itu)

Walau apa pun kadar di atas, dalam hal apa-apa transaksi yang tertakluk kepada

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]

atau apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu, saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi itu, sama ada bertindak bagi penjual atau pembeli, adalah seperti yang berikut:

(a)

RM300.00, jika balasan ialah RM50,000.00 atau kurang;

(b)

75% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan melebihi RM50,000.00 tetapi tidak melebihi RM250,000.00;

4

(c)

70% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan melebihi RM250,000.00 tetapi tidak melebihi RM500,000.00; atau

(d)

65% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan melebihi RM500,000.00.”.

Pindaan Jadual Ketiga