Seksyen 3
Perintah Saraan Peguam Cara 2005 [P.U. (A) 520/2005] yang disebut
of Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017
P.U. (A)In forceProvision 3 of 5
Seksyen 3
“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dengan menggantikan perenggan 6 dengan perenggan yang berikut:
“6.
Diskaun
(1)
Seseorang peguam boleh memberi diskaun tidak melebihi 25% ke atas fi yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga, kecuali bagi apa-apa transaksi yang tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] atau apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu.
(2)
Tiada diskaun boleh diberi ke atas fi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua,
Keempat, Kelima dan Keenam.”.
3