Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA (PINDAAN) 2017

Seksyen 5

Perintah ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Ketiga dengan Jadual yang berikut:

“JADUAL KETIGA

[Perenggan 2(c)]

Gadaian, Debentur dan Dokumen Cagaran atau Pembiayaan lain

Amaun Dicagar atau Dibiayai

Skala Fi

Bagi RM500,000.00 yang pertama 1.0%

(tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM500.00)

Bagi RM500,000.00 yang berikutnya 0.8%

Bagi RM2,000,000.00 yang berikutnya 0.7%

Bagi RM2,000,000.00 yang berikutnya 0.6%

Bagi RM2,500,000.00 yang berikutnya 0.5%

Jika amaun yang dicagar atau dibiayai itu melebihi RM7,500,000.00

Boleh dirundingkan atas lebihan

(tetapi tidak boleh melebihi 0.5%

daripada lebihan itu)

Bagi instrumen utama

Skala fi penuh

Bagi setiap instrumen subsidiari mengikut maksud subseksyen 4(3)

Akta Setem 1949 [Akta 378]

10%

(tertakluk kepada fi minimum

RM300.00

dan fi maksimum RM1,200.00)

5

Walau apa pun kadar di atas, dalam hal apa-apa transaksi yang tertakluk kepada

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]

atau apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu, saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi, sama ada bertindak bagi pihak pembiaya/pemegang gadaian atau peminjam/penggadai, adalah seperti yang berikut:

(a)

RM300.00, jika balasan dan juga jumlah pinjaman ialah RM50,000.00

atau kurang;

(b)

75% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan juga jumlah pinjaman melebihi RM50,000.00 tetapi tidak melebihi

RM250,000.00;

(c)

70% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan juga jumlah pinjaman melebihi RM250,000.00 tetapi tidak melebihi

RM500,000.00; atau

(d)

65% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan juga pinjaman melebihi RM500,000.00.”.

Dibuat 28 Februari 2017

[BC/M/2017(BC/PA/C/112/2017); PN(PU2)314/XVII]

YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin Datuk Roger Tan Kor Mee

Hakim Besar Malaya

Peguam Bela dan Peguam Cara

Alice Loke Yee Ching

Dato’ Low Beng Choo bagi Peguam Negara Malaysia

Peguam Bela dan Peguam Cara

Datuk Aslam bin Zainuddin

Andrew Wong Fook Hin bagi Ketua Pendaftar

Peguam Bela dan Peguam Cara

Hj. Abdul Murad bin Che Chik

Peguam Bela dan Peguam Cara

6

LEGAL PROFESSION ACT 1976

SOLICITORS’ REMUNERATION (AMENDMENT) ORDER 2017