Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Perintah Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan Jadual 4) 2001 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 239 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.
AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993
PERINTAH SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN JADUAL 4) 2001
Papa menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 66(5) Akta Suruhanjaya
Sekuriti 1993 [Akta 498], Menteri, atas syor Suruhanjaya, membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan
Jadual 4) 2001.
Subperenggan 2(c) hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2001.
Pindaan Jadual 4
2. Jadual 4 kepada Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dipinda—
dengan menggantikan perenggan 5 dengan perenggan yang berikut:
“5, Semua perdagangan debentur yang dilaksanakan di pasaran saham sesuatu bursa saham yang diluluskan oleh Menteri menurut subseksyen 8(2) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.”;
dengan menggantikan perenggan 6 dengan perenggan yang berikut:
“6. Semua perdagangan debentur yang dilaksanakan dalam pasaran wang.”; dan
P.U. (A) 239. 960
dengan memasukkan selepas perenggan 10 perenggan yang berikut:
“11. Suatu terbitan, tawaran atau pelawaan yang dibuat berhubung dengan debentur jenis mata wang asing kepada:
seseorang pengunderait di bawah suatu perjanjian pengunderaitan atau perjanjian pembelian permulaan;
suatu skim amanah saham atau skim pelaburan yang ditetapkan;
seseorang yang dilesenkan sebagai peniaga di bawah Akta
Perindustrian Sekuriti 1983;
suatu dana tertutup yang diluluskan oleh Suruhanjaya;
seseorang yang dilesenkan sebagai pengurus kumpulan wang di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 atau seseorang yang diisytiharkan sebagai pengurus kumpulan wang terkecuali di bawah Akta tersebut;
sesuatu perbadanan yang mempunyai jumlah bersih aset yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing berasaskan kepada akaun teraudit yang terakhir;
sesuatu bank luar pesisir berlesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Bank Luar Pesisir 1990;
sesuatu penanggung insurans luar pesisir sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Insurans Luar Pesisir 1990.”.
Dibuat 19 Julai 2001.
[PP(S) 0.361 Jld. III/(25); PN(PU?)523/I]
Bagi pihak dan atas nama Menteri Kewangan,
Cuan Kono Cuoy
Timbalan Menteri Kewangan
SECURITIES COMMISSION ACT 1993
SECURITIES COMMISSION (AMENDMENT OF SCHEDULE 4) ORDER 2001
In exercise of the powers conferred by subsection 66(5) of the Securities
Commission Act 1993 [Act 498], the Minister, on the recommendation of the
Commission, makes the following order:
Citation and commencement
1. (1) This order may be cited as the Securities Commission (Amendment of
Schedule 4) Order 2001.
Subparagraph 2(c) shall be deemed to have come into operation on 1 March 2001.
961 P.U. (A) 239.
Amendment of Schedule 4
2. Schedule 4 to the Securities Commission Act 1993 is amended—
by substituting for paragraph 5 the following paragraph:
“5. All trades in debentures effected on a stock market of a stock exchange which is approved by the Minister pursuant to subsection 8(2) of the Securities Industry Act 1983.”;
by substituting for paragraph 6 the following paragraph:
“6, All trades in debentures effected in the money market.”; and
by inserting after paragraph 10 the following paragraph:
“11. An issue, offer or invitation made in relation to a foreign currency denominated debenture to:
an underwriter under an underwriting or initial purchase agreement;
a unit trust scheme or prescribed investment scheme;
a person licensed as a dealer under the Securities Industry
Act 1983;
a closed end fund approved by the Commission;
a person licensed as a fund manager under the Securities
Industry Act 1983 or a person declared to be an exempt fund manager under that Act;
a corporation with total net assets exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies based on the last audited accounts;
a licensed offshore bank as defined under the Offshore
Banking Act 1990;
an offshore insurer as defined under the Offshore Insurance
Act 1990.”.
Made 19 July 2001.
[PP(S) 0.361 Jld. II/(25); PN(PU2)523/IT]
On behalf and in the name of the Minister of Finance,
CHAN Konc CHoy
Deputy Minister of Finance
Hakcipta Pencetak (@)
CAWANGAN KUALA LUMPUR
BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA.
PNMB
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.