Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH TANDATANGAN DIGITAL (PENGECUALIAN) 2013

Seksyen 2

(1)

Pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang Jabatan Imigresen Malaysia merupakan pelanggannya dikecualikan daripada kehendak di bawah subseksyen 59(2)

Akta berhubung dengan perakuan yang dikeluarkan bagi maksud mengesahbetulkan tandatangan digital yang ditambah pada suatu pasport yang dikeluarkan di bawah Akta

Pasport 1966 [Akta 150].

(2)

Walau apa pun subperenggan (1), pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh mengeluarkan apa-apa perakuan bagi maksud mengesahbetulkan tandatangan digital yang ditambah pada suatu pasport bagi apa-apa tempoh yang melebihi enam tahun dari tarikh pengeluaran.

Dibuat 13 Mac 2013

[KPKK/PUU 800-8/20; PN(PU2)575/VI]

DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS BIN YATIM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

P.U. (A) 145 3

DIGITAL SIGNATURE ACT 1997

DIGITAL SIGNATURE (EXEMPTION) ORDER 2013