Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (FI PENTADBIRAN) 2011

Seksyen 4

(1)

Jika seorang pemegang lesen pengagihan menerima suatu pemberitahuan tentang bayaran yang terlebih di bawah kaedah 9, atau suatu notis bertulis tentang bayaran yang terlebih di bawah subkaedah 5(6) yang pemegang lesen pengagihan itu dikehendaki untuk membayar balik jumlah yang terlebih dinyatakan itu kepada Pihak Berkuasa di bawah subperenggan 5(7)(b)(ii), Kaedah-Kaedah Tenaga

Boleh Baharu (Mendapatkan Wang oleh Pemegang Lesen Pengagihan) 2011—

(a)

pemegang lesen pengagihan itu hendaklah membayar balik fi pentadbiran kepada Kumpulan Wang yang dikira pada kadar dua peratus daripada jumlah bayaran yang terlebih itu; dan

(b)

Pihak Berkuasa hendaklah membayar balik fi pentadbiran kepada

Kumpulan Wang yang dikira pada kadar tiga peratus daripada jumlah bayaran yang terlebih itu.

(2)

Fi pentadbiran yang dibayar balik di bawah subperenggan (1)

hendaklah dibayar balik kepada Kumpulan Wang tanpa apa-apa bunga dan tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan atau notis bertulis yang disebut dalam subperenggan (1).

(3)

Seseorang pemegang lesen pengagihan yang tidak mematuhi subsubperenggan 1(a) dan subperenggan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

4

Dibuat 29 November 2011

[KeTTHA:BP(S)9/14(4); PN(PU2)693/II]

DATO’ SRI PETER CHIN FAH KUI

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

P.U. (A) 389 5

RENEWABLE ENERGY ACT 2011

RENEWABLE ENERGY (ADMINISTRATIVE FEES) ORDER 2011

Section 4 — PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (FI PENTADBIRAN) 2011