Seksyen 2
Fi pentadbiran
of Perintah Tenaga Boleh Baharu (Fi Pentadbiran) 2011
(1)
Seseorang pemegang lesen pengagihan hendaklah dibayar fi pentadbiran di bawah perenggan 20(a) Akta yang dikira pada kadar dua peratus bagi setiap pembayaran yang dibuat di bawah kaedah 8 dan, jika terpakai, kaedah 10
Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Mendapatkan Wang oleh Pemegang Lesen
Pengagihan) 2011 [P.U. (A) 388/2011].
(2)
Pihak Berkuasa hendaklah dibayar fi pentadbiran di bawah perenggan 20(b) Akta yang dikira pada kadar tiga peratus bagi setiap pembayaran yang dibuat di bawah kaedah 8 dan, jika terpakai, kaedah 10 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu
(Mendapatkan Wang oleh Pemegang Lesen Pengagihan) 2011.