Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Seksyen 6 Perlembagaan dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(ba) menerima masuk pelajar dari dalam atau luar Malaysia bagi apa-apa kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti;”;

P.U. (A) 286 4

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam perenggan (g), dengan menggantikan perkataan “dan kedudukan lain,” dengan perkataan

“lain dan jabatan,”;

(iii)

dalam perenggan (o), dengan menggantikan perkataan “kakitangan”

dengan perkataan “pekerja”;

(iv)

dengan menggantikan perenggan (p) dengan perenggan yang berikut:

“(p) untuk melantik dan menaikkan pangkat pekerja Universiti dan menimbangkan rayuan daripada mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan kuasa melantik dan menaikkan pangkat itu;”;

(v)

dalam perenggan (q), dengan menggantikan perkataan “kakitangan akademik dan kakitangan sokongan” dengan perkataan “pekerja akademik dan pekerja sokongan”; dan

(vi)

dalam perenggan (r), dengan memasukkan selepas perkataan “tangga gaji,” perkataan “peminjaman, pertukaran,”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)

Bagi mengelakkan keraguan, kuasa di bawah subseksyen (1) boleh dijalankan oleh Lembaga, kecuali kuasa di bawah perenggan (1)(a), (b), (ba), (c), (d), (f), (j) dan (n) yang hendaklah dijalankan oleh Senat.”.

P.U. (A) 286 5

Pindaan seksyen 12

Section 4 — PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017