Skip to content

Seksyen 12A

of Perintah Universiti dan Kolej Universiti (Perlembagaan Universiti Utara Malaysia) (Pindaan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 7 of 45

Seksyen 12A

(1)

Jika terdapat suatu Kampus Cawangan, maka hendaklah ada seorang ketua Kampus Cawangan yang hendaklah dilantik oleh Menteri, atas nasihat jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan selepas berunding dengan

Naib Canselor.

(2)

Ketua Kampus Cawangan boleh dikenali dengan apa-apa nama lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan ketua

Kampus Cawangan hendaklah ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Naib Canselor.

(4)

Ketua Kampus Cawangan hendaklah menjadi pegawai eksekutif, pegawai pentadbiran dan pegawai akademik utama Kampus

Cawangan itu dan hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.”.

Pindaan seksyen 13 7.

Seksyen 13 Perlembagaan dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “dan Ketua Pustakawan”

dengan perkataan “, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “dan Ketua

Pustakawan” dengan perkataan “, Ketua Pustakawan dan Penasihat

Undang-Undang”;

“Ketua

Kampus

Cawangan

P.U. (A) 286 7

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “dan Ketua

Pustakawan” dengan perkataan “, Ketua Pustakawan dan Penasihat

Undang-Undang”;

(d)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “dan Ketua

Pustakawan” dengan perkataan “, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat

Undang-Undang”;

(e)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat

Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.”; dan

(f)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)

Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan

Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan

Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.

(6)

Seseorang yang dilantik sebagai

Ketua

Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh

Lembaga.

(7)

Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan

Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh

Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.”.

P.U. (A) 286 8

Penggantian seksyen 14 8.

Perlembagaan dipinda dengan menggantikan seksyen 14 dengan seksyen yang berikut: