Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 5
Seksyen 12 Perlembagaan dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1)
Maka hendaklah ada seorang Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas nasihat jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan selepas berunding dengan Lembaga.”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Naib Canselor hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga dan Senat.”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2)
Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan fungsi pentadbiran, akademik dan pengurusan dan hal ehwal hari ke hari
Universiti.”;
(d)
dengan memotong subseksyen (3); dan
(e)
dalam subseksyen (6), dengan memasukkan selepas perkataan “dilantik oleh
Menteri,” perkataan “atas nasihat jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan”.
P.U. (A) 286 6
Seksyen baharu 12A