Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1992) 2010

Seksyen 4

(2)

Apa-apa lesen yang dikeluarkan atau kelulusan yang diberikan di bawah Ordinan tersebut sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya sehingga lesen itu habis tempoh, dipinda, digantung atau dibatalkan, atau kelulusan itu habis tempoh atau dibatalkan di bawah Ordinan tersebut, yang hanya bagi maksud itu Ordinan tersebut hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.

(3)

Mana-mana prosiding yang belum selesai atau yang telah dimulakan di bawah Ordinan tersebut sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Ordinan tersebut seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.

Peruntukan Akta Hiburan(Wilayah PersekutuanKuala Lumpur)1992Ubah SuaianSeksyen 16...(1) Dalam perenggan 16(2)(a), gantikan perkataan“dia” dengan perkataan“ia atau dia”(2) Dalam perenggan 16(2)(a), dalam teks bahasaInggeris, gantikan perkataan“his” dengan perkataan“its or his” di mana-mana jua terdapat.(3) Dalam perenggan 16(2)(b), gantikan perkataan“dia” dengan perkataan“ia atau dia”Seksyen 17...(1) Dalam teks bahasa Inggeris, gantikan perkataan“him” dengan perkataan“it or him”(2) Dalam teks bahasa Inggeris, gantikan perkataan“he” dengan perkataan“it or he” di mana-mana jua terdapat.(3) Dalam teks bahasa kebangsaan, gantikan perkataan“dia” dengan perkataan“ia atau dia”Seksyen 18...Dalam teks bahasa Inggeris, gantikan perkataan“he” dengan perkataan“it or he”Seksyen 20...(1) Dalam teks bahasa Inggeris, gantikan perkataan“he” dengan perkataan“it or he” di mana-mana jua terdapat.(2) Dalam teks bahasa kebangsaan, gantikan perkataan“dia” dengan perkataan“ia atau dia” di mana-mana jua terdapat.Seksyen 21...(1) Dalam subseksyen(1), dalam teks bahasa Inggeris, gantikan perkataan“he” dengan perkataan“it or he”(2) Dalam subseksyen(2), dalam teks bahasa Inggeris, gantikan perkataan“him” dengan perkataan“it or him”Seksyen 24...Dalam subseksyen(3), gantikan perkataan“dia” dengan perkataan“ia”Seksyen 25...(1) Dalam perenggan 25(a), dalam teks bahasa Inggeris, gantikan perkataan“him” dengan perkataan“it or him”(2) Dalam perenggan 25(d), dalam teks bahasa Inggeris, gantikan perkataan“him” dengan perkataan“it or him”Seksyen 28...Dalam subseksyen(3), gantikan perkataan“kumpulanwang yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan” dengan perkataan“Kumpulan Wang Perbadanan Labuan”

Section 4 — PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1992) 2010