Seksyen 4
Pemansuhan, peralihan dan kecualian
Ordinan Hiburan Awam 1958 [Sabah No. 23 tahun 1958] dan semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Ordinan itu, dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan, dimansuhkan.
(2)
Apa-apa lesen yang dikeluarkan atau kelulusan yang diberikan di bawah
Ordinan tersebut sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya sehingga lesen itu habis tempoh, dipinda, digantung atau dibatalkan, atau kelulusan itu habis tempoh atau dibatalkan di bawah
Ordinan tersebut, yang hanya bagi maksud itu Ordinan tersebut hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
(3)
Mana-mana prosiding yang belum selesai atau yang telah dimulakan di bawah Ordinan tersebut sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Ordinan tersebut seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.
4544