Jadual
Jadual
Ketiga kepada
Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan BETA dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong:
MAKA,
OLEH
YANG
DEMIKIAN,
BETA,
AL-SULTAN
ABDULLAH
RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH
AL-MUSTA’IN BILLAH, DENGAN INI MENGISYTIHARKAN bahawa BETA pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat
Sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.
DIPERBUAT di Istana BETA, Istana Negara, di Ibu Negara BETA di Kuala Lumpur pada tiga puluh satu hari bulan Januari dalam tahun dua ribu sembilan belas.
[MRR(S) 640-252/(31); PN(PU2)171/XXV]
Dengan Titah Perintah Seri Paduka Baginda
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja