Skip to content

Seksyen 34

of Perlembagaan Universiti Malaya

P.U. (A)In forceProvision 67 of 69

Seksyen 34

(1)

Apabila suatu Statut atau kaedah-kaedah baru dibuat, atau suatu Statut atau kaedah-kaedah dipinda atau dibatalkan, tiap-tiap

Statut dan kaedah-kaedah baru itu dan pindaan dan pembatalan Statut dan kaedah-kaedah itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan melalui apa-apa cara lain yang diarahkan oleh Lembaga.

34] P.U. (A) 107.

(2)

Tiap-tiap Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang baru dibuat dan Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa atau dibatalkan hendaklah disiarkan dalam bentuk buku, mengikut lat tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga, dan naskhah-naskhahnya hendaklah diadakan untuk dibeli oleh orang awam pada harga yang berpatutan.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi—

(a)

apa-apa kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang mengandungi arahan-arahan kepada pemeriksa-pemeriksa atau penyelia-penyelia peperiksaan semata-mata; dan

(b)

apa-apa kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang, menurut ketetapan Lembaga, tidak boleh disiarkan.