Seksyen 1
Perlembagaan ini bolehlah dinamakan Perlembagaan Universiti Sains
Malaysia.
/akn/my/act/pua/2011/220
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 220 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
Opening note
Perlembagaan ini bolehlah dinamakan Perlembagaan Universiti Sains
Malaysia.
Tafsiran
Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli akademik” ertinya seseorang yang dilantik menjadi pengajar atau penyelidik oleh Lembaga mengikut Perlembagaan ini, dan termasuklah profesor, profesor madya, fellow penyelidikan, fellow, penolong profesor, pensyarah kanan, pensyarah, penolong pensyarah, guru bahasa dan tutor;
“Akta” ertinya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];
“Alumni Universiti” ertinya Alumni Universiti yang ditubuhkan mengikut seksyen 36;
“Bursar” ertinya ketua pegawai kewangan Universiti, dengan apa nama jua pun dipanggil, dilantik di bawah subseksyen 15(3);
8
“Dewan Perundingan Pelajar” ertinya satu forum yang ditubuhkan mengikut seksyen 64;
“fellow pascakedoktoran” dalam konteks subseksyen 76(4) ertinya seseorang di bawah kontrak bagi perkhidmatan dengan Universiti bagi melaksanakan fungsi penyelidikan sebagaimana yang ditetapkan oleh Universiti;
“Hari Penubuhan” ertinya tarikh mula berkuat kuasa Perintah Perbadanan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 6 Akta;
“Jawatankuasa Pengurusan Universiti” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“Juruaudit Dalaman” ertinya pegawai Universiti sepenuh masa yang dilantik di bawah subseksyen 15(3);
“Kampus Cawangan” ertinya kampus yang ditubuhkan di bawah perenggan 12(1)(c) Akta yang merupakan tempat atau lokasi tambahan kepada Kampus dalam
Universiti dan mempunyai Ketua Cawangan mengikut seksyen 14;
“Ketua Pustakawan” ertinya ketua perpustakaan atau pusat sumber maklumat
Universiti, dengan apa nama jua pun dipanggil, dilantik di bawah subseksyen 15(3);
“Konvokesyen” ertinya Konvokesyen yang diadakan mengikut seksyen 75;
“kursi” ertinya jawatan profesor sebagai pemegang kursi;
“Lembaga” ertinya Lembaga Gabenor Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;
9
“Majlis Perwakilan Pelajar” ertinya badan perwakilan pelajar yang dipilih mengikut seksyen 70;
“Pegawai” ertinya Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Timbalan Naib
Canselor, ketua Kampus Cawangan, Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat
Undang-Undang, Pegawai Aduan, Juruaudit Dalaman, Dekan Fakulti atau Pusat
Pengajian, ketua Institut, ketua Pusat Akademik, ketua Pusat Penyelidikan atau ketua
Akademi atau pemegang apa-apa jawatan yang diwujudkan melalui statut atau selainnya;
“Pegawai Aduan” ertinya pegawai Universiti sepenuh masa yang dilantik di bawah subseksyen 15(3);
“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh Universiti di bawah
Perlembagaan ini atau mana-mana statut;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di institusi bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, pra-ijazah, pascaijazah atau pascakedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau daripada Universiti dan termasuk pelajar pengajian jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;
“Penasihat Undang-Undang” ertinya pegawai undang-undang utama Universiti yang dilantik di bawah subseksyen 15(3);
“Penaung” ertinya Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan fungsinya di bawah seksyen 10;
“Pendaftar” ertinya ketua pegawai pentadbir Universiti dengan apa jua nama dipanggil yang dilantik di bawah subseksyen 15(3);
10
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 19(1);
“pensyarah pelatih” dalam konteks subseksyen 76(4) ertinya seseorang di bawah kontrak bagi perkhidmatan dengan Universiti untuk melanjutkan pengajian siswazah di bawah skim latihan akademik untuk berkhidmat sebagai ahli akademik
Universiti pada masa hadapan mengikut terma dan syarat kontrak;
“Perlembagaan” ertinya Perlembagaan Universiti Sains Malaysia;
“Pihak Berkuasa” ertinya mana-mana Pihak Berkuasa Universiti yang disebut dalam seksyen 17, dan termasuk mana-mana Pihak Berkuasa yang ditubuhkan melalui statut;
“statut”, “kaedah-kaedah” dan “peraturan-peraturan” ertinya statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat mengikut Perlembagaan ini;
“Universiti” ertinya Universiti Sains Malaysia.
Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu seksyen ialah sebutan mengenai sesuatu seksyen dalam Perlembagaan ini.
Bahagian I
Kewujudan berterusan Universiti sebagai pertubuhan perbadanan
Universiti Sains Malaysia ialah pertubuhan perbadanan yang sama yang ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti di Pulau
Pinang 1971 [P.U. (A) 383/1971] dan Perlembagaan Universiti Sains Malaysia
[P.U. (A) 107/1998].
11
Walaupun Perlembagaan Universiti Sains Malaysia dimansuhkan oleh seksyen 83, pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan yang dimansuhkan di bawah nama “Universiti Sains Malaysia” dan Canselor, Pro-Canselor,
Naib Canselor, Lembaga dan Senat yang ditubuhkan dalamnya hendaklah terus wujud di bawah dan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini.
Universiti Sains Malaysia hendaklah kekal turun-temurun, dan terus mempunyai kuasa penuh di bawah nama itu—
untuk mempunyai dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan dari semasa ke semasa memecahkan, menukar, mengubah dan membaharui meterai itu yang difikirkannya patut;
bagi maksud Perlembagaan ini, dan tertakluk kepada statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan untuk membeli apa-apa harta sama ada harta alih atau harta tak alih, dan mengambil, menerima dan memegang apa-apa harta tersebut yang mungkin terletak hak padanya oleh sebab pembelian itu, atau menurut apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;
untuk menjual, menggadaijanjikan, memajakkan, menukar atau selainnya melupuskan mana-mana harta itu; dan
untuk menjalankan dan melaksanakan mengikut peruntukan
Perlembagaan ini dan peruntukan statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, semua kuasa dan kewajipan yang diberikan
12
atau dipertanggungkan ke atas Universiti oleh peruntukan sedemikian.
Kuasa Universiti
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Universiti hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:
untuk menyediakan kursus pengajaran, mengadakan peperiksaan, membuat peruntukan bagi penyelidikan, dan mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau mustahak bagi kemajuan dan penyebaran pengetahuan;
untuk menentukan kriteria dan kelayakan untuk menerima masuk pelajar untuk kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan dan untuk memilih pemohon untuk kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan itu;
untuk mengiktiraf ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain institusi pengajian tinggi yang lain bagi maksud memasuki kursus pengajian dan peperiksaan Universiti dan juga pengurniaan ijazah yang lebih tinggi kepada pemegang ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain tersebut kepada siswazah Universiti mengikut syarat yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah;
untuk memberikan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain termasuklah ijazah luar yang lain, kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah;
13
untuk memberikan ijazah kepada ahli akademik Universiti yang telah memenuhi apa-apa kehendak yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah;
untuk mengurniakan anugerah profesor emeritus atau ijazah kehormat kepada orang yang telah memberikan sumbangan terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberi khidmat awam yang cemerlang;
untuk memberikan sijil kepada orang yang telah mencapai kecekapan dalam mana-mana bidang pengetahuan;
untuk mengadakan kursi, jawatan profesor, jawatan pensyarah dan jawatan lain dan jabatan, dan membuat pelantikan bagi jawatan dan jabatan itu;
untuk menubuhkan suatu percetakan Universiti dan menerbitkan buku dan bahan lain;
untuk mendirikan, melengkapkan dan menyelenggarakan perpustakaan, makmal, muzium, dewan kuliah, bangunan tempat tinggal dan segala bangunan lain yang dikehendaki bagi maksud
Universiti, di dalam atau di luar Malaysia;
untuk mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah dan gelaran, kepujian, kurniaan lain dan jenis bantuan lain ke arah kemajuan dan penyebaran pengetahuan;
untuk mengawal selia dan mengawal, pendapatan dan perolehan
Universiti selain bantuan wang;
14
untuk menentukan, menuntut dan menerima fi pelajar dan apa-apa fi lain yang boleh ditentukan dari semasa ke semasa melalui peraturan-peraturan dan apa-apa arahan am mengenai pendidikan tinggi di bawah seksyen 3 Akta;
untuk melabur dalam tanah atau sekuriti (sama ada dibenarkan sebagai pelaburan pemegang amanah atau tidak), apa-apa wang yang terletak hak padanya sebagai derma kekal sama ada bagi maksud am atau maksud khas, atau apa-apa wang lain yang tidak dikehendaki segera bagi perbelanjaan semasa, dengan kuasa untuk mengubah mana-mana pelaburan itu dan mendepositkan dari semasa ke semasa apa-apa wang yang pada masa itu tidak dilaburkan dalam mana-mana bank yang ditubuhkan di Malaysia sama ada dalam akaun deposit tetap atau akaun semasa;
untuk memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Lembaga;
untuk menjalankan penyelidikan yang bersifat komersial bagi pemajuan, penggunaan dan pengkomersialan berkesan dapatan penyelidikannya dan mendaftarkan serta menyenggara paten, cap dagangan dan hak harta intelek yang lain;
untuk membuat kontrak, melantik pekerja dan menubuhkan apa-apa tabung amanah sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud
Universiti;
15
untuk mengadakan jawatan dan kedudukan yang dikehendaki bagi menjalankan fungsi pekerja akademik dan sokongan;
untuk mengawal selia syarat perkhidmatan pekerja Universiti, termasuklah skim perkhidmatan, tangga gaji, insentif, kenaikan pangkat, peminjaman, pertukaran, cuti dan tatatertib;
untuk menubuhkan skim pencen atau skim persaraan atau skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerjanya, dan membuat perkiraan dengan pertubuhan atau orang lain bagi menubuhkan skim itu;
untuk melantik dan menaikkan pangkat pekerja Universiti dan menimbangkan rayuan daripada mana-mana pekerja yang terkilan dengan penjalanan kuasa untuk melantik dan menaikkan pangkat itu;
untuk menyediakan dan mengawal selia tempat tinggal dan kebajikan pekerja dan pelajar Universiti;
tertakluk kepada undang-undang bertulis lain, untuk mengawal selia tatatertib pekerja dan pelajar;
tertakluk kepada peruntukan Akta dan Perlembagaan ini, untuk membuat, membatal atau meminda apa-apa statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan; dan
untuk melakukan segala perbuatan dan perkara lain, sama ada bersangkutan atau tidak dengan kuasa yang tersebut di atas yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi dan kuasanya di bawah
Perlembagaan ini.
16
Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dengan tujuan hendak mengekalkan dan memajukan perhubungan luar negeri Malaysia, adalah perlu supaya suatu ijazah kehormat dikurniakan kepada seseorang pembesar luar negeri, atas arahan
Yang di-Pertuan Agong, Universiti hendaklah mengurniakan ijazah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Bagi mengelakkan keraguan—
kuasa di bawah perenggan (1)(a) hingga (e) dan (g) hendaklah dijalankan oleh Senat; dan
kuasa di bawah perenggan (1)(f), (k), (q) dan (z) hendaklah dijalankan bersesama oleh Lembaga dan Senat.
Kuasa tambahan Universiti
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan—
jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti Universiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bersama-sama dengan, atau selainnya—
sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan persendirian atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
17
menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Universiti;
menubuhkan perbadanan untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa harta, projek, skim atau perusahaan yang pada pendapat Lembaga adalah bermanfaat dan berfaedah kepada Universiti;
meminjam atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma yang diluluskan oleh Lembaga, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh
Universiti bagi menjelaskan tanggungannya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya;
mendapatkan pinjaman di bawah perenggan (d) melalui penerbitan bon, debentur atau saham debentur dalam apa-apa kelas dan nilai atau menggadaikan, menggadaijanjikan, menyandarkan atau selainnya mengadakan lien ke atas harta alih atau tak alihnya, atas apa-apa terma yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga;
18
memperoleh dan memegang sebagai pelaburan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan dan sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh—
mana-mana syarikat atau pengusahaan persendirian atau mana-mana sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) melalui langganan asal, tender, pembelian, pindah hakmilik, pertukaran atau selainnya;
menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan kuasa yang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) dan khususnya untuk menjual, memindahkan hakmilik, menukarkan atau selainnya melupuskan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti itu; dan 19
membeli, memajak atau menyewa atau selainnya memperoleh dan melabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang difikirkan perlu atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti.
Seksyen 6 hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(c).
Peruntukan berhubung dengan perbadanan
Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh tertubuhnya mana-mana perbadanan di bawah perenggan 5(1)(c), menetapkan melalui peraturan-peraturan—
hubungan antara perbadanan itu dengan Universiti dan hak kawalan oleh Lembaga ke atas perbadanan itu.
Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu dibuat di bawah Perlembagaan ini.
Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah subseksyen (1).
20
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan
Menteri Kewangan, mengarahkan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah subseksyen (4), aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmiliknya kepada dan diletakhakkan pada Universiti selepas dijelaskan segala tanggungannya.
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah subseksyen (4) hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga melalui peraturan-peraturan.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Tertakluk kepada apa-apa sekatan atau had yang dinyatakan oleh
Lembaga dalam setiap hal, tiap-tiap Perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 5(1)(c)—
hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga kepada perbadanan itu;
boleh memegang, dan membuat apa-apa urusan mengenai atau dengan, apa-apa harta alih atau tak alih; dan
boleh membuat segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Perlembagaan ini.
Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang ditentukan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.
Meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu oleh perbadanan, dengan kelulusan Lembaga, sebagaimana yang perbadanan fikirkan patut.
suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “UNIVERSITI
SAINS MALAYSIA” boleh digunakan sebagai meterai perbadanannya.
Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subseksyen (11)
hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai telah dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (12), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan; dan dokumen atau
22
surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekerja perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Penjalanan pengajian, dsb., bersama-sama, dsb., dengan mana-mana universiti
Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, menjalankan apa-apa kursus pengajian atau program latihan secara bersesama atau bersekutu, gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana Universiti atau institusi pengajian tinggi atau institusi pelajaran atau organisasi lain di dalam atau di luar Malaysia.
Subsekyen (1) tidaklah terpakai kepada apa-apa kursus jangka pendek atau program latihan yang disediakan atau dikendalikan oleh Universiti yang tidak membawa kepada penganugerahan ijazah atau diploma.
Pembezaan kerana ras dan kepercayaan dilarang
Tertakluk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, keanggotaan
Universiti, sama ada sebagai pekerja, pegawai atau pelajar, adalah terbuka kepada semua orang tidak kira jantina, ras, agama, bangsa atau kelas; dan tiada apa-apa ujian mengenai kepercayaan atau penganutan agama boleh dilakukan atau diadakan untuk memberikan hak kepada mana-mana orang untuk diterima menjadi anggota atau untuk mengurniakan kepada seseorang apa-apa ijazah atau diploma Universiti, dan juga tiada apa-apa jua fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah atau kepujian atau kurniaan lain boleh dihadkan kepada orang daripada sesuatu jantina, ras, agama, bangsa atau kelas yang tertentu jika belanja baginya dibayar daripada dana am
Universiti.
23
Meterai Universiti
Meterai perbadanan Universiti adalah meterai yang diluluskan oleh
Canselor atas syor Lembaga dan meterai itu boleh mengikut cara yang sama, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu dari semasa ke semasa.
Meterai perbadanan Universiti tidak boleh dicapkan pada apa-apa jua surat cara kecuali di hadapan—
seorang lagi ahli Lembaga, yang hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda menunjukkan meterai itu dicapkan di hadapan mereka dan tandatangan itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Universiti yang sah.
Jika surat cara yang disebut dalam subseksyen (3) ialah skrol suatu ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain, meterai perbadanan Universiti hendaklah dicapkan padanya di hadapan Naib Canselor dan seorang pegawai kanan yang diberi kuasa oleh Naib Canselor.
Apa-apa dokumen atau surat cara yang tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang demikian itu oleh Universiti dengan syarat bahawa dokumen atau surat cara itu hendaklah disempurnakan bagi pihak Universiti
24
oleh seorang pegawai atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga.
Bahagian II
Penaung
Penaung hendaklah, dari semasa ke semasa, menerima laporan daripada
Canselor berkenaan dengan pencapaian visi dan misi Universiti.
Penaung adalah berhak, atas permintaannya, kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan Universiti yang boleh didapati oleh Universiti.
Bahagian III
Canselor
Seorang Canselor hendaklah menjadi Ketua Universiti dan hendaklah mempengerusikan mana-mana Konvokesyen apabila menghadirinya dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain dan melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Perlembagaan ini atau mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.
Canselor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Menteri selama sesuatu tempoh tidak melebihi tujuh tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
25
Canselor boleh, dengan mengutus surat yang ditandatanganinya kepada
Yang di-Pertuan Agong, meletakkan jawatannya, atau dia boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Canselor boleh melantik, atas nasihat Menteri, orang yang difikirkannya patut sebagai Pro-Canselor.
Jika oleh sesuatu sebab Canselor tidak berupaya menjalankan mana-mana daripada fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, dia boleh membenarkan mana-mana Pro-Canselor menjalankan fungsi itu bagi pihaknya.
Setiap Pro-Canselor hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang diperkenankan oleh Canselor.
Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor
Maka hendaklah ada seorang Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh
Menteri selama tempoh tiga tahun, atas nasihat jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A Akta dan selepas berunding dengan Lembaga.
Setelah habis tempoh pelantikan itu, seseorang Naib Canselor layak untuk dilantik semula.
Menteri boleh menamatkan pelantikan Naib Canselor pada bila-bila masa dan hendaklah menyatakan sebab bagi penamatan itu.
Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan fungsi pentadbiran, akademik dan pengurusan dan
26
hal ehwal hari ke hari Universiti dan hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga dan Senat.
Naib Canselor hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, menjalankan pengawasan am ke atas semua perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini dan mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.
Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan bagi Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, dan hendaklah mengikat Universiti.
Hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang Timbalan Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, daripada kalangan orang yang layak dan patut dari dalam atau luar Universiti, atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, dan Universiti hendaklah terikat dengan pelantikan, terma dan syarat itu.
Jika bagi sesuatu tempoh yang lama, jawatan Naib Canselor kosong, atau
Naib Canselor tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain untuk menjalankan mana-mana daripada fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebih daripada seorang Timbalan Naib Canselor, mana-mana seorang daripada mereka sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi itu;
dan sekiranya semua jawatan Timbalan Naib Canselor kosong atau semua Timbalan
Naib Canselor, tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara yang difikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu.
27
Ketua Kampus Cawangan
Jika suatu Kampus Cawangan ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1)
Akta, maka hendaklah ada seorang ketua Kampus Cawangan yang hendaklah dilantik—
oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri, sekiranya
Kampus Cawangan di dalam Malaysia; atau
oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, sekiranya
Kampus Cawangan di luar Malaysia.
Ketua Kampus Cawangan boleh dikenali dengan apa-apa nama lain yang ditetapkan oleh Menteri.
Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan ketua Kampus Cawangan yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa pelantikan selepas berunding dengan Naib Canselor.
Ketua Kampus Cawangan hendaklah menjadi pegawai eksekutif, pentadbiran dan akademik utama Kampus Cawangan itu dan hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.
Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman 15.
Hendaklah ada seorang Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat
Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman yang hendaklah menjadi pegawai sepenuh masa Universiti dan mempunyai kuasa dan kewajipan yang ditetapkan melalui statut.
Jawatan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang,
Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman boleh dikenali dengan apa-apa nama lain yang ditentukan oleh Lembaga.
28
Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang,
Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah dilantik oleh Lembaga mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih.
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, terma dan syarat lain pelantikan bagi Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang,
Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah ditetapkan oleh Lembaga.
Dekan, ketua dan pegawai lain
Hendaklah ada seorang Dekan bagi setiap Fakulti atau Pusat Pengajian dan seorang ketua bagi setiap Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau
Akademi yang dilantik mengikut subseksyen 29(4), (5) dan (6).
Bahagian IV
Pihak Berkuasa
Pihak
Berkuasa
Universiti ialah
Lembaga,
Senat,
Jawatankuasa
Pengurusan Universiti dengan apa-apa jua nama disebut, Fakulti, Pusat Pengajian,
Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan, Akademi, Jawatankuasa Pengajian,
Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pekerja, Jawatankuasa Kebajikan
Pelajar dan badan lain yang ditetapkan oleh statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti.
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, keanggotaan, kuasa dan tatacara bagi Pihak Berkuasa itu hendaklah ditetapkan oleh statut.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi ahli Pihak Berkuasa.
29
Lembaga Gabenor
Lembaga Gabenor hendaklah terdiri daripada—
dua orang profesor Universiti yang dipilih oleh Senat daripada kalangan ahli yang disebut dalam perenggan 24(1)(d);
dua daripadanya hendaklah daripada sektor swasta atau badan profesional;
seorang dari dalam atau luar Universiti, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu Lembaga.
Timbalan Naib Canselor, ketua-ketua Kampus Cawangan, Pendaftar,
Bursar dan Penasihat Undang-Undang hendaklah menjadi ahli ex-officio Lembaga tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat Lembaga.
30
Tertakluk kepada kelulusan Menteri, setiap ahli yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) boleh melantik seorang ahli silih ganti untuk menghadiri mesyuarat
Lembaga jika ahli itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang ahli silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai ahli Lembaga.
Peruntukan berhubung dengan Lembaga
Pelantikan ahli Lembaga, kecuali ahli yang dilantik di bawah perenggan 18(1)(e), hendaklah dibuat oleh Menteri bagi tempoh tiga tahun dengan syarat bahawa
Menteri boleh menamatkan pelantikan itu dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
Pelantikan ahli di bawah perenggan 18(1)(c), (d) dan (f) hendaklah dibuat oleh Menteri selepas berunding dengan Pengerusi Lembaga.
Tempoh ahli yang dilantik di bawah perenggan 18(1)(e) hendaklah selama tempoh keanggotaannya dalam Senat.
Pengerusi dan empat ahli lain tidak termasuk ahli ex-officio Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi apa-apa mesyuarat Lembaga.
Ahli Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Menteri.
31
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, mengundang wakil kesatuan atau persatuan pekerja pentadbiran Universiti, dan wakil Dewan Perundingan Pelajar untuk menghadiri mesyuarat Lembaga.
Tertakluk kepada Perlembagaan ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Menteri boleh melantik mana-mana ahli Lembaga, selain Naib Canselor, untuk menjalankan fungsi Pengerusi semasa apa-apa tempoh yang Pengerusi, atas apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan Pengerusi.
Seseorang ahli yang dilantik sebagai pengerusi di bawah subseksyen (1)
hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Fungsi dan kuasa Lembaga
Lembaga hendaklah menjadi badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti dan boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada
Universiti kecuali setakat yang kuasa itu diberikan oleh Perlembagaan ini atau statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan kepada Pihak Berkuasa, badan atau kepada pegawai lain Universiti.
Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga berhubung dengan apa-apa perkara dalam kuasa Senat, tetapi Lembaga boleh menghantar pendapatnya kepada
Senat mengenai apa-apa perkara dalam kuasa Senat, bagi pertimbangan Senat.
Sebagai tambahan kepada fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (1),
Lembaga hendaklah—
32
mengadakan perancangan pengawasan yang strategik yang bercirikan pendidikan dan misi Universiti;
menggalakkan pengurusan yang cekap dan berkesan dan mengadakan kajian semula yang menyeluruh mengenai operasi
Universiti;
memupuk hubungan global dan keantarabangsaan berhubung dengan pengajian tinggi dan penyelidikan; dan
memastikan pelaksanaan Perlembagaan, undang-undang dan dasar Universiti dan untuk memastikan bahawa tiap-tiap Pihak
Berkuasa, Pegawai atau jawatankuasa sentiasa bertindak menurut kuasanya dan bidang tugasnya.
Kumpulan Penasihat Orang Terbilang
Lembaga hendaklah melantik suatu badan yang dikenali sebagai
Kumpulan Penasihat Orang Terbilang.
Fungsi Kumpulan Penasihat Orang Terbilang ialah untuk menasihati
Universiti berkenaan dengan visi, misi dan prestasi Universiti.
Tempoh dan terma pelantikan Kumpulan Penasihat Orang Terbilang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
Jawatankuasa Lembaga
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.
33
Lembaga hendaklah memilih mana-mana ahlinya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi ahli sesuatu jawatankuasa.
Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Pelantikan mana-mana ahli sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa ditamatkan oleh Lembaga, dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keahlian sesuatu jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan 34
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Ahli sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Sebagai tambahan kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik di bawah peruntukan-peruntukan lain
Akta,
Lembaga hendaklah menubuhkan jawatankuasa bagi maksud yang berikut:
Senat hendaklah terdiri daripada—
semua Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian dan semua ketua
Kampus Cawangan, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi Universiti;
profesor sepenuh masa yang jumlahnya hendaklah bersamaan dengan jumlah Dekan dan ketua di bawah perenggan (c) yang hendaklah dipilih bagi tempoh tiga tahun oleh semua profesor dan profesor madya sepenuh masa Universiti mengikut subseksyen
; dan
tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang hendaklah dilantik oleh Naib Canselor selama tiga tahun.
Senat boleh dari semasa ke semasa mengundang mana-mana orang, termasuklah mana-mana pelajar, untuk menghadiri mesyuarat atau sebahagian daripada mesyuarat Senat dan mempunyai hak melihat mana-mana bahagian minit mesyuarat sebagaimana yang diluluskan oleh Senat.
Dalam masa ketidakhadiran Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik hendaklah mempengerusikan mesyuarat Senat dan semasa ketidakhadiran Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik, mana-mana Timbalan Naib
Canselor yang dipilih oleh Senat hendaklah mempengerusikan mesyuarat Senat.
36
Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang hendaklah menjadi ahli ex-officio tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat
Senat.
Kuorum bagi Senat hendaklah satu pertiga daripada keseluruhan ahlinya yang layak untuk mengundi.
Senat adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan dan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.
Sebagai tambahan kepada fungsi dan kuasa di bawah perenggan 4(3)(b)
dan (c) dan subseksyen (7), Senat hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa yang berikut:
untuk menubuhkan Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi dan jabatan, unit atau badan di bawah Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik,
Pusat Penyelidikan dan Akademi itu;
dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberi khidmat awam yang cemerlang;
37
untuk membentuk dasar dan kaedah pengajaran, pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan yang dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau hendak dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke dalam mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan peperiksaan dan menentukan rayuan;
untuk menggubal dasar untuk melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan profesional; dan
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah
Perlembagaan ini.
Dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya, Senat boleh mewakilkan mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya kepada ahlinya dan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahlinya bagi membantu dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya.
38
Senat hendaklah mempertimbangkan apa-apa perkara yang dihantar kepadanya oleh Lembaga di bawah subseksyen 21(2).
Apa-apa pertikaian antara Senat dengan Lembaga mengenai ruang lingkup dan takat fungsi atau kuasa mereka boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada Menteri mengikut seksyen 40.
Bagi maksud pemilihan ke Senat di bawah perenggan 24(1)(d), Naib
Canselor boleh, dari semasa ke semasa, mewujudkan kelompok akademik; menetapkan mana-mana Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan
Akademi kepada kelompok tertentu dan memperuntukkan jumlah kerusi Senat yang dipegang oleh setiap kelompok.
Jawatankuasa Senat
Senat hendaklah menubuhkan jawatankuasa untuk tujuan berikut:
memupuk hubungan dengan industri, masyarakat, institusi atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia; dan
pengurusan dan pengawalseliaan program francais.
39
Jawatankuasa Bersama Lembaga dan Senat
Universiti boleh menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama Lembaga dan
Senat untuk membantu dalam pelaksanaan fungsi mereka berhubung dengan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan penyelidikan.
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, keanggotaan dan kuasa
Jawatankuasa Bersama Lembaga dan Senat hendaklah ditetapkan oleh statut.
Jawatankuasa Pengurusan Universiti
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang hendaklah terdiri daripada―
Jawatankuasa Pengurusan Universiti hendaklah menasihati Naib Canselor berhubung dengan fungsi pentadbiran dan pengurusannya.
40
Jawatankuasa Pengurusan Kampus Cawangan
Naib Canselor hendaklah melantik satu Jawatankuasa Pengurusan
Kampus Cawangan untuk setiap Kampus Cawangan.
Jawatankuasa Pengurusan Kampus Cawangan hendaklah terdiri daripada ketua Kampus Cawangan sebagai pengerusi dan beberapa ahli lain yang dilantik oleh
Naib Canselor.
Jawatankuasa Pengurusan Kampus Cawangan hendaklah menasihati ketua Kampus Cawangan berhubung dengan fungsi pentadbiran dan pengurusannya dan berhubung dengan pelaksanaan keputusan Universiti.
Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan
Akademi
Universiti hendaklah dibahagikan kepada beberapa bilangan dan nama―
Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat
Penyelidikan dan Akademi, dengan apa jua nama dipanggil, yang ditentukan oleh Senat; dan
apa-apa bilangan dan nama pusat bukan akademik, dengan apa jua nama dipanggil, yang ditubuhkan oleh Lembaga.
Universiti boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa Pengajian, menubuhkan jabatan atau unit atau badan lain berkenaan dengan sesuatu Fakulti, Pusat
Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi.
Sesuatu Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat
Penyelidikan dan Akademi hendaklah bertanggungjawab kepada Senat bagi penyusunan pengajaran dan penyelidikan dalam mata pelajaran pengajian dalam bidang kuasa Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan
41
atau Akademi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan boleh menjalankan apa-apa tugas lain yang diberikan kepadanya oleh statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.
Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan pekerja akademik setiap Fakulti atau Pusat Pengajian, melantik seorang Dekan berkenaan dengan setiap satu Fakulti atau Pusat Pengajian dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Dekan dan hendaklah memaklumkan Lembaga tentang pelantikan itu secepat yang mungkin.
Dekan hendaklah menjadi pengerusi Fakulti atau Pusat Pengajian dan hendaklah menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepadanya oleh statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan dan jika Dekan tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, adalah sah bagi
Timbalan Dekan atau mana-mana ahli akademik kanan lain yang dilantik oleh Naib
Canselor untuk menjalankan kewajipan Dekan itu selama tempoh ketidakupayaan itu.
Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan pekerja akademik setiap Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi, mempunyai kuasa untuk melantik seorang ketua bagi tiap-tiap satu Institut, Pusat Akademik, Pusat
Penyelidikan atau Akademi, dan ketua tersebut hendaklah diberikan gelaran yang ditetapkan oleh statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan; dan jika ketua sesuatu
Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi tidak berupaya menjalankan kewajipannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, Naib Canselor boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh statut, melantik mana-mana ahli akademik kanan untuk menjalankan kewajipan itu selama tempoh ketidakupayaan itu.
Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan pekerja pusat bukan akademik, mempunyai kuasa untuk melantik seorang ketua bagi tiap-tiap satu pusat bukan akademik, dan seseorang ketua itu hendaklah diberikan gelaran yang ditentukan oleh Lembaga; dan jika ketua sesuatu pusat bukan akademik itu tidak berupaya menjalankan kewajipannya oleh sebab ketidakhadirannya atau apa-apa sebab lain, Naib
42
Canselor boleh melantik mana-mana pegawai kanan untuk menjalankan kewajipan itu selama tempoh ketidakupayaan itu.
Seseorang Dekan, seseorang Timbalan Dekan sesuatu Fakulti atau Pusat
Pengajian, ketua sesuatu Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi dan ketua pusat bukan akademik yang dilantik di bawah subseksyen (4), (5), (6) atau
mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilantik selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, tetapi layak dilantik semula.
Walau apa pun subseksyen (8), Naib Canselor boleh, jika difikirkannya patut menamatkan apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (4), (5), (6)
atau (7) pada bila-bila masa dalam tempoh pelantikan itu dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
Majlis Akademik Fakulti, dsb.
Setiap Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat
Penyelidikan dan Akademi hendaklah menubuhkan Majlis Akademik yang terdiri daripada―
Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian itu, atau ketua Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi itu sebagai pengerusi;
semua ahli akademik sepenuh masa Fakulti, Pusat Pengajian,
Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi itu.
Kuorum bagi Majlis Akademik hendaklah satu pertiga daripada ahli Majlis
Akademik.
43
Majlis Akademik boleh dari semasa ke semasa mengundang mana-mana orang, termasuklah mana-mana pelajar, untuk menghadiri mesyuarat atau sebahagian daripada mesyuarat Majlis Akademik dan mempunyai hak untuk melihat mana-mana bahagian minit mesyuarat yang dibenarkan oleh Majlis Akademik.
Majlis Akademik hendaklah menasihati dan membantu Senat berhubung dengan fungsi Senat di bawah Perlembagaan ini.
Jawatankuasa Pengurusan Fakulti, dsb.
Naib Canselor hendaklah melantik Jawatankuasa Pengurusan bagi setiap
Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi.
Jawatankuasa Pengurusan Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi hendaklah terdiri daripada Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian itu atau ketua Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau
Akademi itu sebagai pengerusi dan ahli lain Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi sebagaimana yang dilantik oleh Naib
Canselor.
Jawatankuasa Pengurusan Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi hendaklah menasihati Dekan Fakulti atau
Pusat Pengajian atau ketua Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi mengenai fungsi pentadbiran dan pengurusannya dan berhubung dengan pelaksanaan keputusan Universiti.
Jawatankuasa Pengajian 32.
Suatu Jawatankuasa Pengajian boleh dilantik oleh Senat bagi salah satu maksud yang berikut:
untuk menguruskan perkara berkaitan dengan mana-mana Fakulti, Pusat
Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi; dan 44
untuk menimbangkan cadangan yang dirujukkan kepadanya oleh Senat bagi penubuhan Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat
Penyelidikan dan Akademi yang baru, dan dalam mana-mana satu hal, Jawatankuasa Pengajian hendaklah membuat laporan mengenainya kepada Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat
Penyelidikan dan Akademi, atau kepada Senat, mengikut kehendak keadaan.
Jawatankuasa Pemilih 33.
Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan ke sesuatu kursi dan pelantikan atau kenaikan pangkat ke jawatan profesor kanan dan profesor hendaklah terdiri daripada—
Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian atau ketua Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi yang baginya kursi atau profesor itu diuntukkan; dan
Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan atau kenaikan pangkat ke jawatan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai
Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah terdiri daripada―
Jawatankuasa Pemilih bagi mengesyorkan pelantikan atau kenaikan pangkat ahli akademik selain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada―
Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab bagi hal ehwal akademik atau semasa ketiadaannya atas apa jua sebab, mana-mana Timbalan Naib Canselor yang dilantik oleh Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi;
Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian atau ketua Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi yang baginya ahli akademik itu diuntukkan.
Jawatankuasa Pemilih bagi mengesyorkan pelantikan atau kenaikan pangkat pekerja Universiti dalam kumpulan pengurusan dan profesional hendaklah terdiri daripada―
Jawatankuasa Pemilih bagi mengesyorkan pelantikan atau kenaikan pangkat pekerja Universiti dalam kumpulan sokongan hendaklah terdiri daripada―
Pengerusi jawatankuasa hendaklah melantik seorang setiausaha daripada kalangan pekerja Universiti.
Penyertaan pakar luar dalam membuat pelantikan boleh ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
Jawatankuasa Kebajikan Pekerja 34.
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kebajikan Pekerja yang hendaklah terdiri daripada—
seorang ahli daripada setiap kesatuan pekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau persatuan pekerja Universiti.
Jawatankuasa Kebajikan Pekerja hendaklah mempunyai fungsi yang berhubungan dengan kebajikan pekerja yang ditetapkan melalui statut.
Jawatankuasa Kebajikan Pelajar 35.
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kebajikan Pelajar yang hendaklah terdiri daripada—
47
Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajar dan pembangunan pelajar;
Jawatankuasa Kebajikan Pelajar hendaklah mempunyai fungsi yang ditetapkan melalui statut.
Alumni Universiti 36.
Tertakluk kepada kelulusan Lembaga, adalah sah bagi seramai tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Universiti menubuhkan suatu persatuan yang dinamakan sebagai Alumni Universiti.
Alumni Universiti hendaklah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya dan kaedah-kaedah yang dibuat olehnya dan tiada perlembagaan atau kaedah-kaedah yang dibuat itu atau apa-apa pindaannya boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga kelulusannya telah diperoleh terlebih dahulu daripada
Lembaga.
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan
Alumni Universiti itu suatu Pihak Berkuasa bagi Universiti atau sebagai memberikan apa-apa kuasa kepadanya untuk memilih, sebagai wakilnya kepada Lembaga, orang yang pada masa itu bekerja dengan Universiti sebagai kakitangan akademik dan bukan akademik.
48
Tempoh jawatan bagi ahli Pihak Berkuasa 37.
Kecuali sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini atau oleh mana-mana statut, tempoh jawatan bagi seseorang yang dipilih atau dilantik sebagai ahli sesuatu Pihak Berkuasa, selain ahli ex-officio, ialah tiga tahun:
Dengan syarat bahawa—
jika orang itu dipilih atau dilantik kerana dia memegang sesuatu jawatan atau kerana dia seorang ahli bagi sesuatu Pihak Berkuasa atau badan yang lain, dia hendaklah terhenti menjadi ahli Pihak
Berkuasa itu jika sebelum habis tempoh jawatannya itu dia terhenti memegang jawatan itu atau menjadi ahli Pihak Berkuasa atau badan itu; dan
seseorang yang berhenti, apabila habis tempoh jawatannya, boleh dipilih atau dilantik semula jika layak.
Jika seseorang menjadi ahli ex-officio sesuatu Pihak Berkuasa, seseorang yang dilantik untuk memangku jawatannya itu hendaklah juga menjadi ahli ex-officio
Pihak Berkuasa itu selagi dia memangku jawatan itu dan layak.
Keputusan Pihak Berkuasa adalah sah walaupun ada kekosongan antara ahlinya.
Mesyuarat 38.
Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan mesyuarat apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pengerusi Pihak Berkuasa itu.
49
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa dan semasa ketiadaannya ahli Pihak Berkuasa itu hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Kuorum bagi mesyuarat Pihak Berkuasa, selain Lembaga, hendaklah ditentukan oleh statut.
Lebih suara 39.
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, sesuatu soal dalam sesuatu mesyuarat mana-mana Pihak Berkuasa hendaklah diputuskan mengikut undi ahli yang hadir.
Pengerusi Pihak Berkuasa dan tiap-tiap ahli hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan satu undi setiap seorang, tetapi dalam keadaan bilangan undi sama banyak, pengerusi atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan undi pemutus.
Pertikaian 40.
Apa-apa pertikaian antara Pihak Berkuasa, atau antara seseorang
Pegawai dengan suatu Pihak Berkuasa mengenai ruang lingkup dan takat kuasa, fungsi atau bidang kuasanya boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada Menteri dan
Menteri boleh memutuskan pertikaian itu sendiri atau melantik suatu Panel
Penyelesaian Pertikaian untuk memutuskan pertikaian itu.
Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah ditubuhkan daripada kalangan tokoh ternama dari dalam atau luar Universiti yang bukanlah pegawai, pekerja atau ahli
Pihak Berkuasa yang berkenaan.
Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli lain.
50
Keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian adalah muktamad dan hendaklah mengikat pihak-pihak kepada pertikaian itu.
Bahagian V
Statut 41.
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, statut boleh dibuat untuk menguruskan mana-mana atau segala perkara yang berikut:
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, Lembaga boleh menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, surat pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
54
Apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, surat pekeliling dan arahan yang diguna pakai di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, dipinda atau dibatalkan oleh Lembaga sewajarnya.
Peraturan-peraturan 46.
Pihak Berkuasa Universiti boleh membuat peraturan-peraturan bagi tatacaranya sendiri.
Lembaga boleh selepas berunding dengan Senat membuat peraturan-peraturan bagi tatacara Jawatankuasa Pemilih.
Senat boleh membuat peraturan-peraturan mengenai tatacara sesuatu
Fakulti atau Pusat Pengajian, sesuatu Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan,
Akademi atau Jawatankuasa Pengajian, atau mana-mana jawatankuasa atau badan lain yang tertakluk kepada bidang kuasa Senat.
Senat boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan kursus pengajian dan kaedah penilaian.
Penyiaran statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan 47.
Apabila sesuatu statut atau kaedah-kaedah baru dibuat, dipinda atau dibatalkan tiap-tiap statut, kaedah-kaedah, pindaan atau pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan dengan apa-apa cara lain yang diarahkan oleh Lembaga.
Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Universiti yang dipinda dari semasa ke semasa hendaklah disiarkan dalam bentuk buku mengikut lat tempoh yang diarahkan oleh Lembaga dan salinan hendaklah tersedia untuk dibeli oleh orang awam dengan harga yang berpatutan.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi—
55
mana-mana kaedah atau peraturan yang mengandungi hanya arahan kepada pemeriksa atau penyelia peperiksaan; atau
mana-mana kaedah atau peraturan yang menurut ketetapan
Lembaga, tidak akan diterbitkan.
Perlembagaan, pertelingkahan antara statut, dsb.
Jika sekiranya—
mana-mana kaedah berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini atau sesuatu statut; atau
mana-mana peraturan yang berlawanan dengan peruntukan
Perlembagaan ini atau mana-mana statut atau kaedah, peruntukan Perlembagaan, statut atau kaedah-kaedah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai dan statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah terbatal setakat yang berlawanan itu.
penetapan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain yang akan diberikan oleh Universiti;
pengurusan Kampus Cawangan, Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi;
segala perkara lain yang boleh dikawal selia dengan statut di bawah
Perlembagaan ini; dan
perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada perkara yang tersebut di atas.
51
Tatacara bagi membuat, meminda atau membatalkan statut 42.
Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Canselor boleh membuat, membatalkan atau meminda mana-mana statut.
Cadangan untuk membuat sesuatu statut baru, atau membatalkan atau meminda sesuatu statut, hendaklah disediakan oleh Lembaga.
Sesuatu cadangan bagi sesuatu statut baru atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu statut, mengenai mana-mana perkara yang berikut, iaitu:
kuasa dan kewajipan Dekan sesuatu Fakulti atau Pusat Pengajian atau ketua sesuatu Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi berhubungan dengan perkara-perkara akademik;
keanggotaan, kuasa, kewajipan dan tatacara Senat, Fakulti, Pusat
Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan, Akademi atau Jawatankuasa Pengajian;
penetapan ijazah, diploma dan kepujian akademik lain yang hendak diberikan oleh Universiti; dan
segala perkara lain dalam bidang kuasa Senat di bawah
Perlembagaan ini atau mana-mana statut, tidak boleh dikemukakan kepada Canselor tanpa keizinan bertulis Senat.
Kaedah-kaedah 43.
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan statut, kaedah-kaedah boleh dibuat bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut:
52
prinsip berkenaan dengan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain;
pelantikan, kuasa, kewajipan, saraan dan syarat perkhidmatan bagi pemeriksa dan cara menjalankan peperiksaan;
penerimaan masuk pelajar dalam peperiksaan, kursus ijazah dan diploma
Universiti dan ke tempat tinggal di Universiti;
cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi orang yang bekerja dengan
Universiti, kecuali yang berhubungan dengan tatatertib mereka;
penubuhan dan peraturan-peraturan mengenai skim pencen, skim persaraan dan skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerja
Universiti atau mana-mana golongan daripada mereka;
fi yang akan dikenakan bagi kursus pengajian, bagi tempat tinggal, bagi memasuki peperiksaan, bagi ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain dan apa-apa fi lain yang boleh dikenakan oleh Universiti;
pengurusan dewan kuliah, perpustakaan, sumber maklumat, makmal, pusat penyelidikan, bangunan tempat tinggal dan segala kegiatan cawangan Universiti sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang tidak diperuntukkan dengan khusus dalam Perlembagaan ini atau melalui statut;
53
keanggotaan, kuasa dan kewajipan mana-mana jawatankuasa atau badan lain yang tidak diperuntukkan dengan khusus dalam Perlembagaan ini atau oleh statut;
segala perkara yang boleh, menurut Perlembagaan ini atau mana-mana statut, ditetapkan melalui kaedah-kaedah;
segala perkara dalam kuasa Universiti dan yang tidak diperuntukkan selainnya oleh Bahagian ini.
Tatacara bagi membuat, meminda atau membatalkan kaedah-kaedah 44.
Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Lembaga boleh membuat, meminda atau membatalkan mana-mana kaedah.
Draf mengenai sesuatu kaedah berkenaan dengan—
apa-apa perkara dalam bidang kuasa Senat, hendaklah dicadangkan oleh Senat; dan Lembaga boleh meluluskan draf itu atau merujukkannya kembali kepada Senat dengan apa-apa pendapat atau cadangan untuk pindaan, dan tiada kaedah-kaedah sedemikian boleh dibuat sehingga Senat telah bersetuju dengannya.
Lembaga boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.
Bahagian VI
Pendapatan dan perolehan selain bantuan wang 49.
Melainkan bantuan wang yang diberi oleh Parlimen kepada Universiti di bawah seksyen 11 Akta–
Lembaga boleh bagi pihak Universiti mendapatkan dana bagi aktiviti akademik dan penyelidikan Universiti dan menerima pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, pemberian wang, legasi atau selainnya, harta atau wang bagi membantu kewangan Universiti atas apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.
Daftar hendaklah disimpan mengenai segala derma yang diberikan kepada Universiti termasuk nama penderma kepada Universiti dan apa-apa syarat khas berkenaan sesuatu derma yang diberikan.
Harta yang diberikan bagi maksud tertentu hendaklah diakaunkan secara berasingan 58.
Segala harta, wang atau dana yang diberikan bagi sesuatu maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud harta, wang atau dana itu telah diberikan dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.
Bentuk kontrak 59.
Apa-apa kontrak yang melibatkan perbelanjaan Universiti hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani bagi pihak Universiti oleh mana-mana pekerja
Universiti yang diberi kuasa sewajarnya oleh Lembaga, sama ada secara khusus dalam
61
apa-apa hal tertentu atau secara am bagi semua kontrak di bawah suatu nilai tertentu atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberikuasaan itu.
Audit 60.
Akaun Universiti hendaklah diaudit setiap tahun oleh juruaudit luar yang dilantik oleh Lembaga.
Akaun yang diaudit, serta apa-apa pemerhatian yang dibuat mengenainya oleh juruaudit, hendaklah dibentangkan kepada Menteri.
Sebagai tambahan kepada kuasa di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah melantik Juruaudit Dalaman bagi menjalankan audit kewangan dan pentadbiran Universiti.
Juruaudit Dalaman hendaklah menyiasat mana-mana perkara yang dirujuk oleh Lembaga, Naib Canselor atau mana-mana jawatankuasa Lembaga dan hendaklah membuat laporan terus kepada Lembaga.
Terma rujukan dan terma dan syarat perkhidmatan Juruaudit Dalaman hendaklah ditetapkan oleh Lembaga.
segala pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, pemberian wang, legasi dan derma kekal;
56
pendapatan daripada mana-mana harta alih atau tak alih termasuklah sewaan, pajakan dan pendapatan terbitan;
segala keuntungan dan perolehan daripada pelaburan dalam hartanah atau sekuriti;
segala royalti dan perolehan daripada paten, cap dagangan dan harta intelek lain;
segala pendapatan dan keuntungan daripada penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, akujanji atau apa jua bentuk kerjasama atau aturan di bawah seksyen 5;
segala fi yang dituntut dan diterima daripada pelesenan, pemindahan teknologi dan pengkomersialan;
apa-apa pendapatan yang dihasilkan, dijanakan, diperoleh atau diterima oleh
Universiti melalui usaha, inisiatif dan keusahawanannya, hendaklah disalurkan kepada satu atau lebih akaun khas yang diuruskan dan ditadbir oleh Universiti menurut mana-mana kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Lembaga.
57
Jawatankuasa Tetap Kewangan 50.
Lembaga hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Tetap Kewangan bagi mengatur dan mengawal kewangan Universiti.
Terma rujukan Jawatankuasa Tetap Kewangan hendaklah ditentukan oleh
Lembaga.
Menyediakan anggaran 51.
Adalah menjadi kewajipan mana-mana pegawai atau pegawai Universiti sebagaimana yang ditetapkan oleh statut untuk menyediakan, bagi pertimbangan Naib
Canselor, anggaran pendapatan dan perbelanjaan Universiti bagi tiap-tiap satu tahun kewangan.
Tahun kewangan 52.
Bagi maksud Bahagian ini, tahun kewangan ialah satu tahun kalendar, atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Akaun Universiti hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, diimbangkan bagi tahun kewangan yang sebelumnya dan suatu penyata kewangan tahunan atau ringkasannya hendaklah disediakan.
Penyata kewangan tahunan atau ringkasan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disediakan mengikut bentuk dan hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Anggaran tahunan 53.
Lembaga hendaklah, tidak kurang daripada empat bulan sebelum berakhir tahun kewangan, meluluskan anggaran hasil dan perbelanjaan yang lengkap bagi Universiti bagi tahun kewangan yang berikutnya dan mengemukakan anggaran itu, berserta dengan ulasan Lembaga mengenainya, kepada Menteri.
58
Sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat Lembaga bagi maksud meluluskan anggaran itu, Jawatankuasa Tetap Kewangan hendaklah menyediakan draf anggaran untuk dikemukakan kepada Lembaga, dan suatu salinan anggaran itu hendaklah diserahkan kepada setiap seorang ahli Lembaga tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.
Lembaga boleh, tertakluk kepada peruntukan subseksyen (1), menurut budi bicaranya, meluluskan, mengubahsuaikan atau menolak kesemua atau mana-mana butiran yang terdapat dalam draf anggaran itu atau merujukkan kembali mana-mana butiran itu kepada Jawatankuasa Tetap Kewangan untuk pertimbangannya atau menambah apa-apa butiran dalam draf anggaran itu.
Anggaran tambahan 54.
Jika peruntukan kewangan tambahan dikehendaki dalam sesuatu tahun,
Lembaga boleh dari semasa ke semasa meluluskan anggaran tambahan bagi maksud menunjukkan punca yang darinya sesuatu perbelanjaan tambahan yang dilakukan olehnya boleh dibayar.
Tiada perbelanjaan boleh dilakukan melainkan jika termasuk dalam anggaran 55.
Lembaga tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan yang tidak termasuk dalam sesuatu anggaran yang diluluskan.
Tertakluk kepada peruntukan Akta dan Perlembagaan ini, Lembaga boleh—
memindahkan segala atau mana-mana bahagian wang yang diuntukkan kepada satu butiran perbelanjaan berulang tahunan kepada butiran perbelanjaan berulang tahunan yang lain;
59
memindahkan segala atau mana-mana bahagian wang yang diuntukkan kepada satu butiran perbelanjaan modal tahunan kepada butiran perbelanjaan modal tahunan yang lain;
dengan kebenaran Menteri menurut subseksyen 11(2) Akta, memindahkan mana-mana bahagian wang yang tertentu dan tidak digunakan bagi maksud perbelanjaan berulang tahunan Universiti kepada butiran perbelanjaan modal;
memindahkan mana-mana baki perbelanjaan berulang tahunan kepada suatu butiran atau butiran-butiran perbelanjaan berulang tahunan tahun yang berikutnya; dan
memindahkan mana-mana baki wang perbelanjaan modal kepada suatu butiran atau butiran-butiran perbelanjaan modal tahun yang berikutnya.
Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai bagi—
wang yang didepositkan dengan Universiti oleh mana-mana orang jika, menurut syarat deposit itu, mana-mana wang itu telah genap masanya untuk dibayar balik;
wang yang dipungut dan dikreditkan kepada Kumpulan Wang
Universiti secara silap;
wang yang kena dibayar oleh Universiti menurut apa-apa penghakiman atau perintah mahkamah;
wang yang dibelanjakan oleh Universiti bagi membawa atau membela prosiding di sisi undang-undang; dan 60
perbelanjaan yang berbangkit daripada apa-apa harta atau wang yang disebut dalam seksyen 57.
Bentuk anggaran 56.
Anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah disediakan dalam bentuk dan hendaklah mengandungi maklumat yang diarahkan oleh Lembaga, dan hendaklah menunjukkan dalam bahagian yang berasingan perbelanjaan berulang tahunan dan perbelanjaan modal Universiti.
Kuasa Lembaga untuk mendapatkan dana, menerima hadiah, dsb.
Bahagian VII
Hal ehwal pelajar dan pembangunan pelajar 61.
Naib Canselor hendaklah menetapkan seorang Timbalan Naib Canselor untuk bertanggungjawab bagi hal ehwal pelajar dan pembangunan pelajar.
62
Timbalan Naib Canselor hendaklah bertanggungjawab bagi perkara mengenai kebajikan pelajar dan pembangunan pelajar seperti yang ditetapkan oleh
Naib Canselor.
Menerima masuk pelajar 62.
Seseorang pelajar tidak boleh diterima masuk ke Universiti dalam sesuatu kursus pengajian untuk sesuatu ijazah melainkan jika dia telah memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah.
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, merujuk kepada Universiti untuk pertimbangannya, pelajar yang telah diberi biasiswa Persekutuan atau biasiswa Negeri, pinjaman atau bantuan kewangan serupa itu yang lain daripada dana awam.
Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan pelajar Universiti 63.
Pihak berkuasa tatatertib Universiti berkenaan dengan tiap-tiap pelajar
Universiti ialah Naib Canselor.
Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertib di bawah subseksyen (1), hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah tatatertib yang boleh dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 16C
Akta.
Naib Canselor boleh mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipannya berkaitan tatatertib kepada mana-mana Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa orang daripada Universiti, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu atau mana-mana golongan atau kategori pelajar Universiti.
Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa mana-mana orang daripada Universiti yang telah diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau kewajipan di bawah subseksyen (3), hendaklah memaklumkan kepada pelajar secara
63
bertulis alasan bagi tindakan yang dicadangkan diambil terhadapnya dan hendaklah memberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.
Seseorang pelajar Universiti hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja atau pelajar lain Universiti dalam mana-mana prosiding tatatertib peringkat pertama yang diambil terhadapnya.
Seseorang pelajar Universiti hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis atau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib peringkat pertama yang diambil terhadapnya.
Keputusan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa mana-mana orang daripada Universiti, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar Universiti hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.
Mana-mana pelajar Universiti yang tidak berpuas hati dengan keputusan
Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa orang daripada
Universiti, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah subseksyen (7) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (9).
Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
Pelajar untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pelajar di bawah subseksyen (8).
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar hendaklah terdiri daripada tiga orang ahli yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, dua orang daripadanya hendaklah daripada kalangan ahlinya dan seorang lagi daripada Universiti.
64
Lembaga hendaklah melantik mana-mana ahlinya yang disebut dalam subseksyen (10) untuk menjadi pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.
Seseorang pelajar Universiti yang mengemukakan rayuan di bawah subseksyen (8) hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis dalam mana-mana prosiding di hadapan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang mendengar suatu rayuan di bawah subseksyen (9) hendaklah memutuskan rayuan itu dalam masa enam puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan.
Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar mengenai sesuatu rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusannya.
Dewan Perundingan Pelajar 64.
Dewan Perundingan Pelajar hendaklah terdiri daripada yang berikut:
wakil badan pelajar yang dipilih ke Dewan Perundingan Pelajar mengikut subseksyen 71(2).
Mana-mana mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar hendaklah dibuka kepada mana-mana pelajar berdaftar Universiti, kecuali pelajar luar.
65
Peranan Dewan Perundingan Pelajar adalah untuk menyediakan suatu forum perundingan antara pelajar dengan wakil mereka atas segala perkara mengenai kebajikan pelajar dan pembangunan pelajar serta untuk membantu kebertanggungjawaban dan akauntabiliti melalui sesi soal jawab, debat dan usul yang dibangkitkan di dalam Dewan Perundingan Pelajar.
Lembaga boleh, melalui peraturan-peraturan, menetapkan tatacara mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar, kuorum, debat dan usul dan pemfailan soalan bertulis dan lisan oleh pelajar kepada wakil mereka.
Speaker Dewan Perundingan Pelajar 65.
Dewan Perundingan Pelajar hendaklah, semasa mesyuaratnya yang pertama, memilih seorang Speaker dan seorang Timbalan Speaker yang sama ada ahli Majlis
Perwakilan Pelajar di bawah subseksyen 70(5) atau wakil yang dipilih dari badan pelajar di bawah subseksyen 71(2).
Setiausaha Dewan Perundingan Pelajar 66.
Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar hendaklah menjadi Setiausaha Dewan
Perundingan Pelajar.
Minit mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar 67.
Adalah menjadi kewajipan Setiausaha Dewan Perundingan Pelajar untuk merekod minit mesyuarat dan mengemukakan minit tersebut kepada Speaker.
Apabila disahkan dan ditandatangani oleh Speaker, minit mesyuarat itu hendaklah dikemukakan kepada Naib Canselor untuk pertimbangannya.
Minit mesyuarat hendaklah terbuka bagi pemeriksaan oleh semua pelajar berdaftar.
66
Mesyuarat biasa 68.
Dewan Perundingan Pelajar hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua kali dalam tiap-tiap tahun akademik pada tarikh, masa dan di tempat yang akan ditentukan oleh Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar.
Mesyuarat luar biasa 69.
Sekiranya terdapat permintaan secara bertulis untuk mengadakan satu mesyuarat luar biasa Dewan Perundingan Pelajar oleh tidak kurang daripada dua ribu pelajar berdaftar Universiti, Naib Canselor hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh penyerahan permintaan itu, mengadakan suatu mesyuarat luar biasa Dewan
Perundingan Pelajar.
Notis untuk mengadakan mana-mana mesyuarat luar biasa hendaklah menyatakan tujuan mesyuarat itu dan tidak ada perkara lain boleh dibincangkan dalam mesyuarat itu selain perkara yang dinyatakan dalam notis itu.
Majlis Perwakilan Pelajar 70.
Pelajar berdaftar Universiti, selain pelajar luar, hendaklah secara bersama menjadi suatu badan yang dinamai Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti (disebut
“Kesatuan” dalam Perlembagaan ini).
Setiap pelajar berdaftar Universiti, selain pelajar luar, hendaklah layak untuk bertanding satu kerusi di dalam Majlis Perwakilan Pelajar (disebut “MPP” dalam
Perlembagaan ini) dan mana-mana badan pelajar lain melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (9) dan (10).
Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan bagi pelaksanaan pemilihan MPP dan segala perkara yang berhubungan dengan pemilihan itu.
Tempoh jawatan ahli MPP dan pemegang jawatannya hendaklah selama satu tahun dari tarikh pemilihan mereka di bawah subseksyen (5).
67
Tidak kurang daripada empat puluh lima hari selepas permulaan sesuatu tahun akademik, Kesatuan hendaklah memilih MPP, melalui undi rahsia yang dijalankan oleh pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu mengikut cara berikut:
pelajar berdaftar setiap Kampus Cawangan, Fakulti atau Pusat
Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan
Akademi hendaklah memilih sebilangan pelajar berdaftar untuk menjadi wakil mereka di dalam MPP sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor; dan
pelajar berdaftar secara keseluruhannya hendaklah memilih sebilangan pelajar berdaftar untuk menjadi wakil mereka dalam
MPP sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, dan bilangan pelajar itu hendaklah, walau bagaimanapun, tidak lebih daripada setengah daripada bilangan wakil yang dipilih di bawah perenggan (a).
MPP hendaklah memilih daripada kalangan ahlinya seorang Yang
Dipertua, seorang Naib Yang Dipertua, seorang Setiausaha dan seorang Bendahari, yang hendaklah hanya menjadi pemegang jawatannya, melainkan jika dibenarkan selainnya secara bertulis oleh Naib Canselor; pemegang jawatan yang dibenarkan sedemikian oleh Naib Canselor hendaklah dipilih daripada ahli MPP.
Keputusan MPP hendaklah diambil mengikut undi majoriti dengan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli hadir dan mengundi.
MPP boleh, dari semasa ke semasa, dengan mendapat kelulusan secara bertulis daripada Naib Canselor terlebih dahulu, membentuk jawatankuasa ad hoc dan melantik ahli daripada kalangan ahlinya bagi maksud atau tujuan tertentu.
68
Tiada seseorang pelajar yang terhadapnya keputusan prosiding tatatertib masih ditunggu, atau yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau kekal menjadi seorang ahli MPP atau seorang pemegang jawatan bagi mana-mana badan atau jawatankuasa pelajar, melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh
Naib Canselor.
Mana-mana pelajar yang telah memenuhi keperluan yang ditentukan oleh
Universiti sebelum sahaja apa-apa cadangan pemilihan ke atau oleh MPP atau ke atau oleh mana-mana organisasi atau badan pelajar, adalah layak bertanding atau dipilih dalam mana-mana pemilihan itu.
Tujuan dan fungsi MPP adalah:
untuk memupuk semangat hidup bermasyarakat di kalangan pelajar-pelajar Universiti;
tertakluk kepada arahan Naib Canselor, untuk menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan dan pembekalan makanan dan minuman;
membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan 69
menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditetapkan oleh Naib
Canselor dari semasa ke semasa.
Kesatuan atau MPP tidak boleh menyenggarakan apa-apa dana atau membuat apa-apa pemungutan wang atau harta daripada apa-apa jua punca pun, tetapi apa-apa perbelanjaan yang berpatutan yang boleh dilakukan oleh MPP boleh dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor untuk dilakukan oleh
Universiti jika tuntutan bertulis yang berpatutan yang disokong dengan resit dan baucar dikemukakan oleh MPP kepada Naib Canselor dan diluluskan oleh Naib Canselor.
Bendahari hendaklah menyimpan akaun MPP dengan sepatutnya dan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhir tiap-tiap tahun kewangan, iaitu suatu tahun kewangan yang ditentukan oleh Naib Canselor, suatu salinan akaun tersebut yang diaudit oleh seorang yang dilantik oleh Naib Canselor hendaklah dikemukakan oleh
MPP kepada Naib Canselor untuk diluluskan.
MPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa yang difikirkannya perlu dan adalah menjadi kewajipan Setiausaha menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat MPP dan minit itu hendaklah disahkan dalam suatu mesyuarat yang berikutnya.
Bagi maksud seksyen ini—
“tahun akademik” ertinya suatu tempoh tertentu yang ditentukan oleh
Senat;
“peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau bentuk penilaian yang akan memberikan suatu markah atau gred untuk sesuatu kursus atau sebahagian daripada kursus tertentu;
70
“pelajar luar” ertinya seseorang pelajar berdaftar di kampus di luar
Malaysia atau pelajar yang mengikuti suatu program jangka pendek, program sambilan, pembelajaran jarak jauh, program pertukaran atau bersekutu, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan
“pelajar berdaftar” ertinya seseorang pelajar yang mengikuti kursus pengajian di Universiti untuk suatu ijazah atau diploma termasuklah diploma lepas ijazah, tetapi tidak termasuk seorang pelajar luar.
Seorang pelajar berdaftar hendaklah terhenti menjadi pelajar berdaftar di bawah bahagian ini—
apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau
apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagi kursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehingga dia, kemudiannya, didaftarkan sekali lagi bagi kursus pengajian itu atau kursus pengajian lain yang berkenaan dengan seseorang pelajar berdaftar di bawah seksyen ini.
Penubuhan badan pelajar lain 71.
Walau apa pun seksyen 70, adalah sah di sisi undang-undang bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar Universiti dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Naib Canselor dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Naib Canselor, untuk menubuhkan suatu badan pelajar yang terdiri daripada pelajar Universiti bagi memajukan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalam Universiti.
Badan pelajar yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dalam mesyuarat agung tahunannya memilih pemegang jawatannya. Ketua badan
71
pelajar itu hendaklah memilih dalam kalangan mereka melalui undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu, sebilangan tertentu wakil ke Dewan Perundingan Pelajar yang ditentukan oleh Naib
Canselor, walau bagaimanapun, tidak lebih daripada setengah daripada bilangan wakil yang dipilih di bawah perenggan 70(5)(a).
Subseksyen 70(2), (3), (4), (6), (7), (8), (9), (10), (12), (13), (14), (15) dan
adalah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi MPP.
Kuasa untuk menggantung ahli atau pemegang jawatan 72.
Sekiranya seseorang ahli MPP atau pemegang jawatan sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 71 melakukan sesuatu dengan cara, yang pada pendapat Naib Canselor, memudaratkan atau menjejaskan kesejahteraan atau reputasi Universiti atau bertindak secara bertentangan dengan Perlembagaan atau perlembagaan MPP atau perlembagaan mana-mana badan pelajar yang lain, atau mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan Universiti, Naib Canselor boleh, selepas memberi ahli atau pemegang jawatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, peluang untuk membuat representasi secara bertulis—
menggantung ahli MPP atau pemegang jawatan badan pelajar itu daripada jawatannya; dan
Subseksyen (1) adalah tambahan kepada dan bukan pengurangan kuasa seksyen 16 Akta.
72
Pelucutan ijazah, dsb., atas alasan salah laku 73.
Jika Senat berpendapat bahawa mana-mana mahasiswa Universiti atau mana-mana orang yang telah menerima sesuatu ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain daripada Universiti bersalah atas perbuatan melampau, maka adalah sah bagi Canselor, atas syor tidak kurang daripada dua pertiga daripada semua ahli Senat, selepas memberikan peluang untuk didengar kepada mahasiswa itu atau orang yang berkenaan, untuk melucutkan apa-apa ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain yang diberikan kepadanya oleh Universiti.
Perbuatan melampau dalam subseksyen (1) ertinya dengan sengaja memberi mana-mana pegawai, pekerja atau Pihak Berkuasa Universiti apa-apa maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material untuk mendapatkan ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain daripada
Universiti itu.
Bahagian VIII
Penganugerahan status program pemacuan bagi kecemerlangan 74.
Jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seseorang telah dipilih, dilantik atau dicalonkan menjadi ahli atau pun berhak menjadi atau terus menjadi ahli bagi mana-mana Pihak Berkuasa atau badan lain Universiti, persoalan itu hendaklah dirujukkan kepada Pihak Berkuasa atau orang yang bertanggungjawab terhadap pemilihan, pelantikan atau pencalonan dan keputusan Pihak Berkuasa atau orang itu adalah muktamad.
Perlindungan kepada pegawai, dsb., yang membuat pendedahan 81.
Kecuali dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau suatu perintah mahkamah, seseorang ahli Lembaga, Naib Canselor, pekerja, agen atau pelajar Universiti tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan dengan
Universiti yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
Subseksyen (1) tidak terpakai kepada pekerja, agen atau pelajar
Universiti yang—
mendedahkan atau mengugut untuk mendedahkan kepada pihak berkuasa awam, Pihak Berkuasa Universiti atau pegawai atasan, apa-apa aktiviti, dasar atau amalan Universiti atau pekerja
Universiti yang pekerja, agen atau pelajar itu secara munasabah dan suci hati percaya telah melanggar mana-mana undang-undang atau menimbulkan syak wasangka yang munasabah terhadap sesuatu salah laku, fraud atau rasuah; atau
secara suci hati menyediakan maklumat atau memberi keterangan di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang mengendalikan siasatan, pendengaran atau inkuiri.
Pegawai atau agen yang membuat apa-apa pendedahan di bawah subseksyen (2) tidaklah tertakluk kepada apa-apa pemberhentian kerja, penamatan,
77
penggantungan, penurunan pangkat, tindakan tatatertib atau diskriminasi atau menanggung kerugian terhadap pekerjaan atau punca pendapatannya.
Tiada pelajar boleh dikenakan apa-apa tindakan tatatertib atau terjejas kedudukannya disebabkan apa-apa pendedahan yang dibuat atau maklumat yang disediakan olehnya di bawah subseksyen (2).
Audit lain 82.
Walau apa pun audit di bawah seksyen 60, Lembaga boleh, selepas berunding dengan Naib Canselor, mengenai perkara di bawah fungsi dan kuasanya, memberikan arahan supaya apa-apa audit lain dijalankan terhadap apa-apa perkara yang difikirkannya patut.
Pemansuhan 83.
Perlembagaan Universiti Sains Malaysia yang diwartakan melalui
Penganugerahan status program pemacuan bagi kecemerlangan kepada
Universiti oleh Menteri adalah tertakluk kepada syarat yang difikirkan patut oleh
Menteri.
Universiti di bawah program pemacuan bagi kecemerlangan hendaklah dikenali sebagai Universiti APEX.
Untuk melanjutkan status Universiti sebagai Universiti APEX, Menteri hendaklah menyediakan bantuan yang difikirkan patut.
73
Konvokesyen 75.
Konvokesyen untuk menyampaikan ijazah hendaklah diadakan setiap tahun atau seberapa kerap mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Canselor pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor.
Jika Canselor tidak hadir atau jika Pro-Canselor yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Canselor tidak hadir, Naib Canselor hendaklah menjadi pengerusi
Konvokesyen.
Pelantikan ahli akademik dan pekerja 76.
Semua orang yang diambil kerja atau akan diambil kerja oleh Universiti sebagai ahli akademik dan semua pegawai di bawah seksyen 15, hendaklah dilantik sebagai yang demikian oleh Lembaga atas nasihat Jawatankuasa Pemilih.
Semua orang yang diambil kerja atau akan diambil kerja oleh Universiti kecuali orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Lembaga.
Tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga dan terma dan syarat yang akan ditetapkan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai termasuk peruntukan—
yang berhubungan dengan kewajipan mengajar, memeriksa, menyelia dan kewajipan lain yang seumpamanya, bahawa kerjanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada peruntukan semua statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dipinda dari semasa ke semasa; dan
berhubung dengan semua terma dan syarat perkhidmatan yang lain, bahawa kerjanya adalah tertakluk kepada peruntukan
74
Perlembagaan ini dan kepada peruntukan semua statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa pada tarikh dia mula bekerja.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melarang Lembaga daripada membuat apa-apa kontrak khas bagi perkhidmatan dengan seseorang termasuk fellow pascakedoktoran dan pensyarah pelatih jika Lembaga berpendapat adalah suai manfaat untuk berbuat demikian.
Profesor Diraja 77.
Walau apa pun seksyen 33 dan 76, Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan Canselor, dari semasa ke semasa melantik orang yang mempunyai kepujian akademik yang luar biasa sebagai profesor Universiti:
Dengan syarat bahawa bilangan orang yang dilantik sedemikian tidak boleh pada bila-bila masa lebih daripada tiga orang.
Mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dikenali sebagai Profesor Diraja dan—
hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Canselor dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong; dan
tertakluk kepada syarat pelantikannya dan kepada apa-apa arahan oleh
Canselor, hendaklah mempunyai segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang diberikan atau yang ditanggungkan ke atas profesor oleh Perlembagaan ini dan mana-mana statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
75
Semua pelantikan hendaklah tertakluk kepada Akta dan perundangan subsidiari di bawahnya 78.
Walau apa pun seksyen 33, 76 dan 77 atau apa-apa peruntukan lain
Perlembagaan ini, tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti, termasuklah profesor yang dilantik di bawah seksyen 77, hendaklah memegang jawatan tertakluk kepada peruntukan Akta dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya dan terma dan syarat pengambilan kerja atau pelantikan mereka hendaklah disifatkan sebagai termasuk peruntukan yang bermaksud demikian itu.
Kuasa untuk mewakilkan 79.
Jika menurut peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, seseorang pegawai atau sesuatu pihak berkuasa diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, pegawai atau pihak berkuasa itu boleh dengan surat cara bertulis dan tertakluk kepada seksyen ini dan kepada apa-apa syarat dan sekatan yang ditetapkan dalam surat cara itu, mewakilkan kuasa atau kewajipan itu supaya dijalankan oleh mana-mana pihak berkuasa atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam surat cara itu mengikut nama atau jawatannya.
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh pegawai atau pihak berkuasa yang membuat pewakilan itu.
Tiada apa-apa pewakilan kuasa atau pewakilan kewajipan di bawah seksyen ini boleh menyentuh hak pegawai atau pihak berkuasa yang membuat pewakilan itu untuk menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat atau meluluskan statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.
76
Persoalan tentang pemilihan, dsb.