/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn014-02-y2005

pkgn014(02)y2005.pdf

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
3

Quick answer

About this state subsidiary legislation

pkgn014(02)y2005.pdf is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation pkgn014-02-y2005, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya melalui Pemberitahuan No. 212 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 29 Februari 1996, Pihak Berkuasa Negeri pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965], telah mengisytiharkan bahagian tanah yang terletak di dalam Mukim Lekir, Daerah Manjung yang diperihalkan dalam Jadual dan terlukis di atas Pelan Hasil Ukur No. 74161 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Perak sebagai rizab bagi maksud suatu tapak padang ragut yang akan diselenggarakan oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak dan dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; Dan bahawasanya kini didapati suai manfaat oleh Pihak Berkuasa Negeri bahawa perizaban yang disebut terdahulu dibatalkan sebahagiannya sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual; Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri memberikan notis di bawah subseksyen 64(2) Kanun itu mengenai cadangan untuk membatalkan sebahagian perizaban tersebut sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual dan sesiapa jua yang ingin membantah pembatalan itu akan didengar oleh Pengarah Tanah dan Galian, Perak dalam suatu siasatan yang akan diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah, Seri Manjung pada 14 Julai 2005, jam 9.30 pagi Pemberitahuan No. 470 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 12 Mei 2005 dengan ini dibatalkan.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

Daerah—Manjung. Mukim—Lekir. No. Pelan—P.A. 74161. No. Lot—4921. Luas—8.15 hektar/20 ekar.

Bertarikh 28 Jun 2005 [PTG.Pk. 252/2-93(D)P Jld. 1; PU.Pk. 67/71-54 Jld. 3]

HASIM BIN HASAN

Setiausaha

Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perak

Whereas by Notification No. 212 published in the Perak Government Gazette dated 29 February 1996, the State Authority in exercise of the powers conferred by subsection 62(1) of the National Land Code [Act 56 of 1965], proclaimed that the parcel of land situated in the Mukim of Lekir, District of Manjung described in the Schedule and delineated upon Revenue Survey Plan No. 74161 deposited in the Office of the Director of Survey and Mapping, Perak to be a reserve for the purpose of a grazing ground to be maintained by the Director of Veterinary Services of Perak and controlled by the State Secretary of Perak;

And whereas it now appears expedient to the State Authority that the aforesaid reservation should be partially revoked as described in the Schedule:

Now, therefore, in exercise of the powers conferred upon the State Authority under subsection 64(1) of the National Land Code, the State Authority gives notice under subsection 64(2) of the Code of the proposal to partially revoke the reservation as described in the Schedule and those who wish to object to such revocation will be heard by the Director of Land and Mines, Perak in an inquiry to be held at the Meeting Room, District and Land Office of Seri Manjung on 14 July 2005, at 9.30 a.m.

Notification No. 470 published in the Perak Government Gazette on 12 May 2005 is hereby cancelled.

Jadual

Suggest a correction

District—Manjung. Mukim—Lekir. Plan No.—P.A. 74161. Lot No.—4921. Area—8.15 hectares/20 acres.

Dated 28 June 2005 [PTG.Pk. 252/2-93 (D)P Jld. 1; PU.Pk. 67/71-54 Jld. 3]

HASIM BIN HASAN Secretary State Executive Council Perak

ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 1959 SURATCARA PERWAKILAN KUASA

No. 740.

[Seksyen 11(2)]

PERWAKILAN KUASA MELANTIK, MENGESAH DALAM PERKHIDMATAN DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN JAWATAN-JAWATAN DI BAWAH BIDANG KUASA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 11(2) Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 1959 [En. No. 10 of 1959], Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak dengan ini meminda JADUAL KETIGA Warta Kerajaan Negeri Perak GN. No. 220 yang disiarkan pada 25 Mac 2004, dengan menggantikan dengan yang berikut:

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

KAKITANGAN ISTANA D.Y.M.M. SULTAN PERAK

Bil.JawatanGredKlasifikasi Jawatan1.SerangA17Serang2.Juru Injin LautA11Juru Injin Laut3.Kelasi/JurumudiA1Jurumudi4.Pembantu Tadbir RendahN11Ketua Penjaga (Butler)5.Pembantu Am RendahN1Toh Setia Guna6.Pembantu Am RendahN1Ketua BentaraEngku Panglima BesarEngku Panglima DalamBentaraBentara PerempuanBentara kepada D.Y.T.M. Raja MudaBentara kepada D.Y.T.M. Raja DiHilirPelayan RumahToh Setia InderaPanglima Perang KiriPanglima Perang KananToh GembiraKetua PelayanPelayanPenghantar Surat dan Orderly bagiOrang Besar JajahanSteward dan PenungguPenunggu

Bil.JawatanGredKlasifikasi Jawatan7.Orang KalorN1Orang Kalor8.Tukang MasakN1Tukang Masak9.Pekerja Rendah AwamR4Mandor10.Pemandu Kenderaan BermotorR3Pemandu Kereta, Van, Lori dan Bas11.Pekerja Rendah AwamR1Pekerja Am12.Dang Perwara kepada D.Y.M.M Raja PermaisuriDang Perwara kepada D.Y.M.M. Raja Permaisuri13.Raja Chik Dewa PawangPawang DiRaja (Elaun RM500.00 s.b)14.Toh Paduka Dewa Tanya DiRajaPenolong Pawang DiRaja (Elaun RM100.00 s.b)

Bertarikh 13 Jun 2005 [SPA. Pk. 358A/790/83/4 Jld. 1]

DATO' MUSTAPHA BIN SAAD

Pengerusi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Perak

Hakcipta Pencetak $ \textcircled{H} $