merupakan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia, hendaklah bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta itu.
P.U. (A) 261 3
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN
ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH, dengan Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-Negeri dan Wilayah-Wilayah
Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA sebagaimana yang tersebut di atas, membuat proklamasi yang berikut:
“Semua warganegara Malaysia yang, pada tarikh proklamasi ini, telah mencapai umur enam belas tahun dan lima bulan tetapi belum mencapai umur lapan belas tahun diarahkan bahawa hendaklah bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003.”.
DIPERBUAT di Istana Negara BETA di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada empat hari bulan Julai, dua ribu sebelas.
[KP/JLKN/(UPKN)(R)17/847/39 Jil. 4; PN(PU2)635/III]
Dengan Titah Perintah Baginda
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Pertahanan
P.U. (A) 261 4
PROCLAMATION
BY HIS MAJESTY THE YANG DI-PERTUAN AGONG,
BY THE GRACE OF ALLAH, SUPREME HEAD
OF THE STATES AND TERRITORIES OF MALAYSIA
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI
AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
Yang di-Pertuan Agong