Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 2000.
/akn/my/act/pua/2000/410
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH AHLI PARLIMEN (SARAAN)(PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2000 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 410 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 2000.
Perintah ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 5 April 1995.
Pindaan Jadual Pertama
Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237] dipinda dalam Jadual Pertama—
dengan memasukkan selepas subperenggan (1) subperenggan yang berikut:
“(1A) Walau apa pun perenggan kecil (1), Ahli yang berhenti memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetapi terus menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat bolehlah dibayar ganjaran yang dihitung di bawah perenggan kecil (1).
Walau apa pun perenggan kecil (1) dan tertakluk kepada perenggan kecil (1c), Anggota Pentadbiran yang berhenti memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dan—
berhenti menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat, boleh diberikan ganjaran yang dihitung berdasarkan formula yang berikut:
1/48 x gaji x 12 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira
Bagi maksud menghitung ganjaran berdasarkan formula yang dinyatakan dalam perenggan kecil $ ^{1 \mathrm{B}} $ , "tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira" ialah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagai Ahli setakat tujuh puluh dua bulan dan jika tempoh itu melebihi tujuh puluh dua bulan, hanya apa-apa tempoh perkhidmatan sebagai Anggota Pentadbiran sahaja hendaklah dimasuk kira.
Jika seseorang Anggota Pentadbiran telah dibayar ganjaran di bawah perenggan kecil (1) atau perenggan $ 4 \mathrm{A} $ ganjaran itu hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar kepadanya di bawah perenggan kecil (1B).
Jika suatu ganjaran kena dibayar kepada seseorang Ahli di bawah perenggan kecil (1) atau (1A) tetapi ganjaran itu kurang daripada ganjaran yang telah dibayar kepadanya di bawah perenggan kecil (1B), ganjaran itu hendaklah disifatkan telah dibayar kepada Ahli itu bagi apa-apa tempoh perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira di bawah Akta ini.";
dalam subperenggan (2), dengan menggantikan perkataan "di bawah perenggan ini" dengan perkataan "di bawah perenggan kecil (1), (1A) atau (1B), mengikut mana-mana yang berkenaan,";
dalam subperenggan (3), dengan menggantikan perkataan "di bawah perenggan ini" dengan perkataan "di bawah perenggan kecil (1), (1A) atau (1B), mengikut mana-mana yang berkenaan"; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (1) subperenggan yang berikut:
“(1A) Bagi maksud menghitung ganjaran berdasarkan formula yang dinyatakan dalam perenggan kecil (1), "tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira" ialah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagai Ahli setakat tujuh puluh dua bulan dan jika tempoh itu melebihi tujuh puluh dua bulan, hanya apa-apa tempoh perkhidmatan sebagai Anggota Pentadbiran hendaklah dimasuk kira"; dan
dalam subperenggan (3), dengan memasukkan selepas perkataan "di bawah perenggan ini" perkataan "atau perenggan kecil (1) atau $ \mathrm{1 B} $ ) perenggan 4, mengikut mana-mana yang berkenaan"; dan
dalam subperenggan 5(1) dan (2), dengan memasukkan selepas perkataan "perenggan 4" perkataan "atau perenggan $ 4 \mathrm{A} $ , mengikut mana-mana yang berkenaan".
Dibuat 23 Oktober 2000. [JPA/PEN(R) 228/6/6-13; PN(PU $ ^{2} $ )369/IV]
Dengan Titah Perintah,
TAN SRI ABDUL HALIM BIN ALI
Setiausaha Jemaah Menteri
MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) ACT 1980
MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2000
Opening note
This order may be cited as the Members of Parliament (Remuneration) (Amendment of First Schedule) Order 2000.
This Order shall be deemed to have come into operation on 5 April 1995.
Amendment of First Schedule
The Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 [Act 237] is amended in the First Schedule—
by inserting after subparagraph (1) the following subparagraphs:
"(1A)Notwithstanding subparagraph (1), a Member who ceases to hold the office of President of the Senate, or Speaker of the House of Representatives but continues to be a Member of either House of Parliament may be paid a gratuity calculated under subparagraph (1).
Notwithstanding subparagraph (1) and subject to subparagraph (1c), a Member of the Administration who ceases to hold the office of Prime Minister, Deputy Prime Minister, Minister, Deputy Minister or Parliamentary Secretary and—
ceases to be a Member of either House of Parliament, may be granted a gratuity calculated on the following formula:
1/48 x salary x 12 x period of reckonable service
For the purposes of calculating the gratuity based on the formula stipulated in subparagraph (1B), "period of reckonable service" shall be the period of reckonable service as a Member up to seventy-two months and if such period exceeds seventy-two months, only such period of service as a Member of the Administration shall be reckoned.
If a Member of the Administration has been paid a gratuity under subparagraph (1) or paragraph 4A, such gratuity shall be deducted from the gratuity that falls due to be payable to him under subparagraph (1B).
If a gratuity falls due to be payable to a Member under subparagraph (1) or (1A) but that gratuity is less than the gratuity that had been paid to him under subparagraph (1B), the gratuity shall be deemed to have been paid to such Member for any period of his reckonable service under this Act.";
in subparagraph (2), by substituting for the words "under this paragraph" the words "under subparagraph (1), (1A) or (1B), as the case may be,";
in subparagraph (3), by substituting for the words "under this paragraph" the words "under subparagraph (1), (1A) or (1B), as the case may be"; and
by inserting after subparagraph (1) the following subparagraph:
“(1A) For the purposes of calculating the gratuity based on the formula stipulated in subparagraph (1), "period of reckonable service" shall be the period of reckonable service as a Member up to seventy-two months and if such period exceeds seventy-two months, only such period of service as a Member of the Administration shall be reckoned."; and
in subparagraph (3), by inserting after the words "under this paragraph" the words "or subparagraph (1) or (1B) of paragraph 4, as the case may be"; and
in subparagraphs 5(1) and (2), by inserting after the words "paragraph 4" the words "or paragraph $ 4{\mathrm{A}} $ , as the case may be".
Made 23 October 2000. [JPA/PEN(R) 228/6/6-12; PN(PU $ ^{2} $ )369/IV]
By Command,
TAN SRI ABDUL HALIM BIN ALI Secretary to the Cabinet