Seksyen 1
Nama dan permulaan kuat kuasa
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya
(Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998) 2002.
(2)
Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2001.
Pemerluasan Akta 2.
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
[Akta 585], yang disebut “Akta yang diperluas” dalam Perintah ini, diperluas ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Ubah Suaian Subseksyen 1(1) Akta yang diperluas 3.
Akta yang diperluas diubahsuaikan dalam subseksyen 1(1) dengan menggantikan perkataan “Kuala Lumpur dan Labuan” dengan perkataan “Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan”.