(4)
Perkara 55
Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh tidak lewat daripada seratus dua puluh hari dari tarikh pembubaran itu:
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN MUHAMMAD V, dengan
Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-Negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara 55
Perlembagaan Persekutuan, DENGAN INI MEMANGGIL Parlimen untuk bermesyuarat dan menetapkan enam belas hari bulan Julai , dua ribu lapan belas, dan pukul sepuluh pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen
Malaysia Yang Keempat Belas, yang akan diadakan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan.
DIPERBUAT di Istana Negara BETA di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada lapan hari bulan Jun, dua ribu lapan belas.
Dengan Titah Perintah Baginda
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Perdana Menteri
P.U. (A) 139 3
FEDERAL CONSTITUTION
PROCLAMATION
BY HIS MAJESTY THE YANG DI-PERTUAN AGONG,
BY THE GRACE OF ALLAH,
SUPREME HEAD OF THE STATES AND TERRITORIES OF MALAYSIA
SULTAN MUHAMMAD V
Yang di-Pertuan Agong XV