Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Perkhidmatan
Kewangan
(Pengecualian) 2018.
Pengecualian daripada subseksyen 137(1) dan 138(1) Akta 2.
Development Bank of Sarawak Berhad, suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 137(1)
dan 138(1)
Akta tertakluk kepada syarat bahawa
Development Bank of Sarawak Berhad—
(a)
hendaklah hanya menyetuju terima deposit daripada perbadanan yang dikawal oleh Kerajaan Negeri Sarawak;
(b)
hendaklah hanya menerbitkan, atau selainnya memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan, iklan berhubung dengan penyetujuterimaan deposit kepada perbadanan yang dikawal oleh Kerajaan Negeri Sarawak;
(c)
hendaklah mematuhi semua kehendak dan sekatan yang ditentukan oleh
Bank berhubung dengan penyetujuterimaan deposit atau penerbitan apa-apa iklan berhubung dengan penyetujuterimaan deposit, termasuk mengambil apa-apa langkah untuk memperbetulkan keadaan jika Bank berpendapat bahawa Development Bank of Sarawak Berhad—
(i)
menyetuju terima deposit mengikut cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit atau orang awam; atau
P.U. (A) 54 3
(ii)
menerbitkan apa-apa iklan berhubung dengan penyetujuterimaan deposit yang mengelirukan atau memperdaya, atau yang mungkin mengelirukan atau memperdaya;
(d)
hendaklah tidak terlibat dalam penyediaan pembiayaan kepada mana-mana individu;
(e)
hendaklah mengemukakan suatu pengesahan bertulis kepada Bank, mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, pada setiap tahun, bahawa Development Bank of Sarawak Berhad hanya menyetuju terima deposit daripada perbadanan yang dikawal oleh Kerajaan Negeri Sarawak;
dan
(f)
hendaklah mengemukakan kunci kira-kiranya kepada Bank mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank pada setiap tahun.
Dibuat 15 Februari 2018
[BNM/JUN/1119/40/65[KK/SID(S)/437/112012 JLD.5 (S.K.3)]; PN(PU2)718/V]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 54 4
FINANCIAL SERVICES ACT 2013
FINANCIAL SERVICES (EXEMPTION) ORDER 2018