Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman bagi Orang yang
Menjalankan Perkhidmatan Pengangkutan dan Penghantaran Barangan atau
Makanan) 2021.
/akn/my/act/pua/2021/372
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (KADAR CARUMAN BAGI ORANG YANG MENJALANKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PENGHANTA... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 372 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman bagi Orang yang
Menjalankan Perkhidmatan Pengangkutan dan Penghantaran Barangan atau
Makanan) 2021.
Tiap-tiap orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan hendaklah membayar suatu caruman kepada
Pertubuhan atau mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri pada kadar sebagaimana yang dipilih oleh orang itu berdasarkan pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
Orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah merupakan orang yang—
menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 9 Jadual Pertama kepada Akta; dan
P. U. (A) 372 3
dalam hal orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan dengan menggunakan kenderaan motor, mempunyai—
lesen memandu yang sah yang dikeluarkan di bawah
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]; dan
apa-apa lesen atau kebenaran lain yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan berhubung dengan perkhidmatan atau kenderaan motor itu, jika berkenaan; atau
dalam hal orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan dengan menggunakan pengangkut lain, mempunyai apa-apa lesen atau kebenaran yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan berhubung dengan perkhidmatan atau pengangkut itu.
Tempoh pelindungan bagi kadar caruman yang dipilih oleh orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan di bawah subperaturan (1) hendaklah bagi tempoh dua belas bulan berturut-turut.
Jika dalam tempoh pelindungan yang disebut dalam subperaturan (3), kesahan lesen memandu yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau apa-apa lesen atau kebenaran lain yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau (c) kepada orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan itu habis tempoh,—
tempoh pelindungan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tempoh dua belas bulan berturut-turut itu habis; dan
P. U. (A) 372 4
orang itu hendaklah mengemukakan kepada Pertubuhan, apabila diminta oleh Pertubuhan, lesen memandu atau apa-apa lesen atau kebenaran lain baharunya, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk penentusahan.
JADUAL
[Peraturan 2]
KADAR CARUMAN BAGI ORANG YANG MENJALANKAN PERKHIDMATAN
PENGANGKUTAN DAN PENGHANTARAN BARANGAN ATAU MAKANAN
1.
Bagi maksud Jadual ini, “pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan” ertinya kelas pendapatan yang ditunjukkan di bawah untuk dipilih oleh orang bekerja sendiri yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan bagi maksud pembayaran caruman.
2.
Kadar caruman berdasarkan pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan adalah seperti yang berikut:
(1)
Bil.
(2)
Pendapatan Bulanan Pilihan yang
Diinsuranskan
(3)
Kadar Caruman bagi Dua Belas
Bulan Berturut-turut
1.
1,050.00 157.20
2.
1,550.00 232.80
3.
2,950.00 442.80
4.
3,950.00 592.80
Dibuat 6 September 2021
[KSM/PUU(S)600-1/2/27/8; PN(PU2)744/III]
DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN
Menteri Sumber Manusia
P. U. (A) 372 5
SELF-EMPLOYMENT SOCIAL SECURITY ACT 2017
SELF-EMPLOYMENT SOCIAL SECURITY (RATES OF CONTRIBUTION FOR PERSON
CARRYING OUT SERVICE OF CARRIAGE AND DELIVERY OF GOODS OR FOOD)
REGULATIONS 2021
IN exercise of the powers conferred by paragraph 83(2)(h)
of the
Self-Employment Social Security Act 2017 [Act 789], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Self-Employment Social Security
(Rates of Contribution for Person Carrying Out Service of Carriage and Delivery of
Goods or Food) Regulations 2021.
(2)
These Regulations come into operation on 1 October 2021.
Rates of contribution 2.
(1)
Every person who carries out service of carriage and delivery of goods or food shall pay a contribution to the Organization or any self-employment social security agent at the rates as selected by the person based on the selected insured monthly earning as specified in the Schedule.
(2)
The person who carries out the service of carriage and delivery of goods or food referred to in subregulation (1) shall be the person who—
(a)
carries out the self-employment activity as specified in paragraph 9 of the First Schedule to the Act; and
(b)
in the case of a person who carries out service of carriage and delivery of goods or food by means of a motor vehicle, holds—
(i)
a valid driving licence issued under the Road Transport
Act 1987 [Act 333]; and
P. U. (A) 372 6
(ii)
any other licences or approval issued by any relevant authorities in relation to the service or motor vehicle, if relevant; or
(c)
in the case of a person who carries out service of carriage and delivery of goods or food by means of other conveyance, holds any licence or approval issued by any relevant authorities in relation to the service or conveyance.
(3)
The coverage period for the rates of contribution selected by the person who carries out the service of carriage and delivery of goods or food under subregulation (1) shall be for a period of twelve consecutive months.
(4)
If within the coverage period referred to in subregulation (3), the validity of the driving licence issued under the Road Transport Act 1987 or any other licences or approval issued by any relevant authorities referred to in paragraph (2)(b) or (c) to the person carrying out the service of carriage and delivery of goods or food expires,—
(a)
the coverage period shall continue to have effect until the period of twelve consecutive months expires; and
(b)
the person shall submit to the Organization, upon request by the
Organization, his new driving licence or such other licences or approval, as the case may be, for verification.
P. U. (A) 372 7
[Regulation 2]
RATES OF CONTIBUTION FOR PERSON CARRYING OUT SERVICE OF CARRIAGE AND
DELIVERY OF GOODS OR FOOD
1.
For the purposes of this Schedule, “selected insured monthly earning” means the class of earnings as shown below to be selected by a self-employed person who carries out service of carriage and delivery of goods or food for the purpose of payment of contribution.
2.
The rates of contribution based on the selected insured monthly earning are as follows:
(1)
No.
(2)
Selected Insured
Monthly Earning
(3)
Rates of Contribution for
Twelve Consecutive Months
1.
1,050.00 157.20
2.
1,550.00 232.80
3.
2,950.00 442.80
4.
3,950.00 592.80
Made 6 September 2021
[KSM/PUU(S)600-1/2/27/8; PN(PU2)744/III]
DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN
Minister of Human Resources