Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (KADAR CARUMAN BAGI ORANG YANG MENJALANKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PENGHANTARAN BARANGAN ATAU MAKANAN) 2021

Seksyen 2

(1)

Tiap-tiap orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan hendaklah membayar suatu caruman kepada

Pertubuhan atau mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri pada kadar sebagaimana yang dipilih oleh orang itu berdasarkan pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(2)

Orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah merupakan orang yang—

(a)

menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 9 Jadual Pertama kepada Akta; dan

P. U. (A) 372 3

(b)

dalam hal orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan dengan menggunakan kenderaan motor, mempunyai—

(i)

lesen memandu yang sah yang dikeluarkan di bawah

Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]; dan

(ii)

apa-apa lesen atau kebenaran lain yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan berhubung dengan perkhidmatan atau kenderaan motor itu, jika berkenaan; atau

(c)

dalam hal orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan dengan menggunakan pengangkut lain, mempunyai apa-apa lesen atau kebenaran yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan berhubung dengan perkhidmatan atau pengangkut itu.

(3)

Tempoh pelindungan bagi kadar caruman yang dipilih oleh orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan di bawah subperaturan (1) hendaklah bagi tempoh dua belas bulan berturut-turut.

(4)

Jika dalam tempoh pelindungan yang disebut dalam subperaturan (3), kesahan lesen memandu yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau apa-apa lesen atau kebenaran lain yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau (c) kepada orang yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan itu habis tempoh,—

(a)

tempoh pelindungan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tempoh dua belas bulan berturut-turut itu habis; dan

P. U. (A) 372 4

(b)

orang itu hendaklah mengemukakan kepada Pertubuhan, apabila diminta oleh Pertubuhan, lesen memandu atau apa-apa lesen atau kebenaran lain baharunya, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk penentusahan.