/akn/my/act/pub/2019/550

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (B)
Status
In force
Enacted
2019
Sections
12

Quick answer

About this p.u. (b)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 550 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN AJARAN ZIKIR NAFAS DAN ILMU SYAHADAH OLEH ISMAIL BIN KASSIM DARIPADA PERTUBUHAN RAHMATAN LIL ALAMIN (PERAHMAT) Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Ajaran Zikir Nafas dan Ilmu Syahadah oleh Ismail bin Kassim daripada Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT). Fatwanya adalah seperti yang berikut: P.U. (B) 550 3

Seksyen 1

Ajaran zikir nafas dan ilmu syahadah oleh Ismail bin Kassim daripada

Open as pageSuggest a correction

Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

(a)

mendakwa bahawa mana-mana orang yang tidak mempelajari ilmu syahadah yang dibawa oleh Ismail bin Kassim terbatal rukun Islamnya;

Suggest a correction

(b)

mewajibkan pengikutnya untuk mempelajari dan mengamalkan zikir nafas;

Suggest a correction

(c)

mendakwa bahawa semua makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dapat terus hidup hanya dengan kalimah ‘hu’;

Suggest a correction

(d)

mendakwa bahawa mana-mana orang yang mengamalkan zikir nafas akan memiliki kelebihan luar biasa iaitu mendapat husnul al-khatimah;

Suggest a correction

(f)

mentafsir ayat Al-Quran secara batil dengan menyalahtafsirkan petikan sebahagian daripada ayat 283 Surah al-Baqarah, iaitu “wa laa taktumusy syahadah.

Wa man yaktumhaa fa

‘innahuu

‘aathimun qalbuh”

(

َوَ ال تَكتُمُوا الشَّهادَة◊

ُوَ مَن يَكتُمها فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلبُه). Ayat ini pada asalnya merujuk larangan terhadap saksi daripada menyembunyikan maklumat berkenaan dengan hutang yang disaksikan olehnya. Walau bagaimanapun, tafsirannya telah diselewengkan dengan menyatakan bahawa mana-mana orang yang tidak mempelajari ilmu syahadah daripada Ismail bin Kassim adalah berdosa;

Suggest a correction

(g)

berpegang kepada hadis palsu, contohnya “barang siapa yang datang berjumpa dengan Aku dalam pada nama dia mengenal Aku.

Setiap kebajikan Aku beri dia sedunia bilangan makhluk yang pernah

Aku cipta dan akan Aku cipta”;

P.U. (B) 550 4

Suggest a correction

(h)

menghormati guru

(sheikh)

dengan cara yang melampau, contohnya mewajibkan pengikutnya mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum bersalaman dengan guru kerana guru dianggap sebagai Al-Quran yang hidup.

Suggest a correction

Seksyen 2

Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran zikir nafas dan ilmu syahadah oleh

Open as pageSuggest a correction

Ismail bin Kassim daripada Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT)

sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, menyebarkan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.

FATWA BERKENAAN DENGAN UPACARA PERBOMOHAN IBRAHIM BIN MAT ZIN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kali ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 telah membincangkan perkara berkenaan dengan upacara atau amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin.

Fatwanya adalah seperti yang berikut:

P.U. (B) 550 5

Seksyen 1

Suggest a correction

Apa-apa upacara atau amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

(a)

mendakwa bahawa dirinya memperoleh ilmu daripada harimau jadian;

Suggest a correction

(b)

melakukan upacara memecahkan buah tembikai untuk meredakan cuaca panas akibat fenomena El-Nino;

Suggest a correction

(c)

melakukan upacara mengesan kehilangan pesawat

Malaysia Airlines MH370 dengan menggunakan teropong, kelapa, bubu dan sebagainya.

Suggest a correction

Seksyen 2

Suggest a correction

Mana-mana orang hendaklah menjauhi upacara, kepercayaan, perbuatan atau amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang pada, mempercayai, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikutnya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut amalan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.

Seksyen 3

Suggest a correction

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan, atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman, laman sesawang, media sosial, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Seksyen 4

Suggest a correction

Tiada seorang pun boleh mengajar, menyebar, menghidupkan, membantu, menganjur, mempromosi upacara, kepercayaan, perbuatan atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa upacara, kepercayaan, perbuatan atau amalan perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Seksyen 5

P.U. (B) 550 6

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2, 3 dan 4.

FATWA BERKENAAN DENGAN AJARAN HIZBUT TAHRIR

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kali ke-107 yang bersidang pada 5 April 2018 telah membincangkan perkara berkenaan dengan ajaran Hizbut Tahrir. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Ajaran

Suggest a correction

Hizbut

Tahrir adalah menyeleweng daripada ajaran

Islam.

(a)

mendakwa bahawa kesemua pemerintah, ahli parlimen dan para ulama yang beragama Islam adalah kafir dan harus diperangi kerana mereka menerima sistem pemerintahan yang tidak berlandaskan undang-undang

Islam dengan sepenuhnya;

Suggest a correction

(b)

mendakwa bahawa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem pemerintahan yang tidak berlandaskan undang-undang Islam dengan sepenuhnya dan haram bagi mana-mana orang menyertai sistem pemerintahan kerajaan;

Suggest a correction

(c)

berpegang kepada fahaman Qadariyyah yang menafikan konsep

“al-Qadha’ wa al-Qadar” yang memisahkan perbuatan manusia (ikhtiyari)

dengan ketentuan Allah;

Suggest a correction

(d)

menolak sumber daripada hadis Ahad yang berkaitan dengan aqidah, contohnya peristiwa Isra’ Mikraj dan azab kubur.

Suggest a correction

Seksyen 2

Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

Suggest a correction

Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang pada, mempercayai, mengajar, menyebarkan atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada,

P.U. (B) 550 7

mempercayai, mengajar, menyebarkan atau mengamalkan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.

Seksyen 3

Suggest a correction

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, memuat naik, memuat turun, menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah apa-apa filem, rakaman, audio visual, laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri amalan dan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Bertarikh 9 Oktober 2019

Dated 9 October 2019

[PMWP/100/20 Klt. 4; PN(PU2)530/XIII]

DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories

Common questions

What is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 550 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 still in force?
Yes — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is currently in force.
When did FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 take effect?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 was first recorded in 2019.
How many sections does FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 have?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 contains 12 sections.
Where can I read the official version of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
The official text of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is published at lom.agc.gov.my.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 (2019, No. 550) | mylaw.my