(a)
Apa-apa modal bagi pelaburan patuh syariah yang merangkumi emas fizikal, akaun simpanan emas dan akaun emas maya, dan apa-apa keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut wajib dikenakan zakat simpanan;
P.U. (B) 584 3
/akn/my/act/pub/2021/584
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 584 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Opening note
Apa-apa modal bagi pelaburan patuh syariah yang merangkumi emas fizikal, akaun simpanan emas dan akaun emas maya, dan apa-apa keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut wajib dikenakan zakat simpanan;
P.U. (B) 584 3
Apa-apa modal bagi pelaburan yang tidak patuh syariah yang merangkumi emas fizikal, akaun simpanan emas dan akaun emas maya wajib dikenakan zakat ke atas pelaburan pokok dan dikategorikan sebagai zakat wang simpanan. Walau bagaimanapun, apa-apa keuntungan daripada pelaburan emas tersebut dianggap sebagai wang yang tidak patuh syariah dan tidak dikenakan zakat namun perlu dibersihkan keuntungan tersebut;
Bagi maksud Fatwa ini, pelaburan emas yang melebihi nisab dan genap setahun wajib dikenakan zakat.
Bertarikh 22 November 2021
Dated 22 November 2021
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories