Skip to content
P.U. (B)In force

Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2026
Sections
14

Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 245 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (B) 245

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN

BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK

GULUNGAN RATA KELULI ALOI LAIN DAN KELULI BUKAN

ALOI, DISADUR ATAU DISALUT ALUMINIUM DAN ZINK,

YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT

CHINA, CHINESE TAIPEI DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

NOTICE OF INITIATION OF ANTI-DUMPING

DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO IMPORTS

OF FLAT ROLLED PRODUCT OF OTHER ALLOY STEEL AND

NON-ALLOY STEEL, PLATED OR COATED WITH ALUMINIUM AND

ZINC, ORIGINATING OR EXPORTED FROM

THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, CHINESE TAIPEI

AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 245 2

AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN

IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA KELULI ALOI LAIN DAN KELULI BUKAN ALOI,

DISADUR ATAU DISALUT ALUMINIUM DAN ZINK, YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT

DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, CHINESE TAIPEI DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

(AD 01/26)

Opening note

Preamble

  1. MENURUT seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan peraturan 7 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 [P.U. (A) 233/1994], Kerajaan telah menerima suatu petisyen yang mengatakan bahawa import produk gulungan rata keluli aloi lain dan keluli bukan aloi, disadur atau disalut aluminium dan zink, yang berasal atau dieksport dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam (“dagangan subjek”) sedang dilambakkan di Malaysia yang menyebabkan kemudaratan material kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa (“industri Malaysia”), dan Kerajaan telah memutuskan supaya suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan. Petisyen

Seksyen 1

Petisyen itu telah dibuat oleh—

NS Bluescope Malaysia Sdn. Bhd.

Aras 11, Tower 8, UOA Business Park

No. 1, Jalan Pengaturcara U1/51A

Seksyen U1, 40150 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Malaysia, pengeluar dalam negeri produk gulungan rata keluli aloi lain dan keluli bukan aloi, disadur atau disalut aluminium dan zink, bagi pihak industri Malaysia.

P.U. (B) 245 3

Seksyen 2

Dagangan subjek

(1)

Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan ialah produk gulungan rata keluli aloi lain dan keluli bukan aloi, disadur atau disalut aluminium dan zink yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan (“Kod H.S.”) dan

Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (“AHTN”) 7210.61.11 00, 7210.61.12 00,

Seksyen 7212

50.29 00, 7225.92.90 00, 7225.99.90 00, 7226.99.19 00 dan 7226.99.99 00.

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.

Pengataan lambakan

Seksyen 3

(1)

Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan antara nilai normal dagangan subjek di

Republik

Rakyat

China,

Chinese

Taipei dan

Republik Sosialis Viet Nam dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dagangan subjek itu dieksport ke Malaysia.

(2)

Berdasarkan perbandingan ini, margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen adalah signifikan bagi pengeluar atau pengeksport itu.

Seksyen 4

Pengataan kemudaratan

(1)

Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari

Republik Rakyat China,

Chinese

Taipei dan

Republik Sosialis Viet Nam telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.

(2)

Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, yang antara lainnya, peningkatan dalam jumlah import, pengurangan dalam syer pasaran, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga, pengurangan dalam jualan dan pusing ganti, peningkatan inventori, kemerosotan keuntungan yang berterusan, pengeluaran dan penggunaan kapasiti yang rendah serta pengurangan dalam pulangan pelaburan dan jumlah aset.

P.U. (B) 245 4

Seksyen 5

Tatacara

(1)

Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan dan penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan penyiasatan menurut seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subperaturan 7(1)

Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

(2)

Penyiasatan ini akan menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan dagangan subjek yang dikatakan kepada industri Malaysia.

Seksyen 6

Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada–

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari

Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis

Viet Nam yang dinamakan dalam petisyen;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik

Sosialis Viet Nam.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hendaklah menghubungi MITI melalui e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.

P.U. (B) 245 5

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.

Seksyen 7

Pengumpulan maklumat

Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara elektronik, khususnya dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.

Seksyen 8

Pengesahan Maklumat

Kerajaan boleh menentusahkan ketepatan maklumat yang dikemukakan semasa penyiasatan mengikut seksyen 40 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan 38 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

Seksyen 9

Had masa

(1)

Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara elektronik dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.

Seksyen 10

Pengemukaan maklumat elektronik dan jawapan soal selidik dan surat-menyurat

(1)

Semua pengemukaan maklumat dan maklum balas soal selidik hendaklah dibuat secara elektronik melalui Sistem Pengurusan Penyiasatan Remedi Perdagangan

(TRIMA), yang boleh diakses di https://traderemedies.miti.gov.my.

P.U. (B) 245 6

(2)

Apa-apa pertanyaan lanjut dan surat-menyurat boleh dikemukakan kepada—

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Aras 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor Telefon

: (603) 6208 4634/4640/4643/4635

Nombor Faksimili

: (603) 6211 4429

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my.

(3)

Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang ditetapkan, Kerajaan boleh membuat penentuan awal atau muktamadnya berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta Duti Timbal Balas dan

Anti-Lambakan 1993.

Bertarikh 16 Julai 2026

[MITI.600-2/2/57(S); PN(PU2)529/JLD.34]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

P.U. (B) 245 7

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF INITIATION OF ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO

IMPORTS OF FLAT ROLLED PRODUCT OF OTHER ALLOY STEEL AND

NON-ALLOY STEEL, PLATED OR COATED WITH ALUMINIUM AND ZINC, ORIGINATING

OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, CHINESE TAIPEI AND

THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 01/26)

Opening note

Preamble

  1. PURSUANT to section 20 of the Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 [Act 504] and regulation 7 of the Countervailing and Anti-Dumping Duties Regulations 1994 [P.U. (A) 233/1994], the Government has received a petition alleging that the imports of flat rolled products of other alloy steel and non-alloy steel, plated or coated with aluminium and zinc, originating or exported from the People’s Republic of China, Chinese Taipei and the Socialist Republic of Viet Nam (“subject merchandise”) are being dumped in Malaysia causing material injury to the domestic industry in Malaysia producing the like product (“Malaysian industry”), and the Government has decided that an anti-dumping investigation be initiated. Petition 1. The petition was lodged by— NS Bluescope Malaysia Sdn. Bhd. Aras 11, Tower 8, UOA Business Park No. 1, Jalan Pengaturcara U1/51A Seksyen U1, 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia, the domestic producer of flat rolled product of other alloy steel and non-alloy steel, plated or coated with aluminium and zinc, on behalf of the Malaysian industry. P.U. (B) 245 8 Subject merchandise 2.

(1)

The subject merchandise alleged to have been dumped in Malaysia is flat rolled product of other alloy steel and non-alloy steel, plated or coated with aluminium and zinc, classified under the Harmonised System Code (“H.S. Code”) and ASEAN

Harmonised Tariff Nomenclature (“AHTN”) 7210.61.11 00, 7210.61.12 00, 7210.61.91 00,

Seksyen 7210

61.92 00, 7210.61.99 00, 7212.50.23 00, 7212.50.24 00, 7212.50.29 00, 7225.92.90 00, 7225.99.90 00, 7226.99.19 00 and 7226.99.99 00.

(2)

The H.S. Code and AHTN specified in subparagraph (1) are given only for information and have no binding effect on the classification of the subject merchandise.

Allegation of dumping 3.

(1)

The allegation of dumping is based on a comparison between the normal value of the subject merchandise in the People’s Republic of China, Chinese Taipei and the Socialist Republic of Viet Nam with their corresponding export prices when the subject merchandise is exported to Malaysia.

(2)

Based on this comparison, dumping margins as alleged by the petitioner are significant for the producers or exporters.

Allegation of injury 4.

(1)

The petitioner has stated and provided evidence that the imports of the subject merchandise from the People’s Republic of China, Chinese Taipei and the Socialist Republic of Viet Nam have increased in terms of absolute quantity.

(2)

It was further alleged that effect of such dumping, the Malaysian industry has suffered injury, among others, an increase in import volume, reduction in market share, price undercutting, price depression, price suppression, reduction in sales and turnover, increase in inventory, persistent decline in profitability, low production and capacity utilisation, and reduction in return on investment and total assets.

P.U. (B) 245 9

Procedure 5.

(1)

Having determined that sufficient evidence exists to warrant an anti-dumping duty investigation be initiated and that such investigation is in the public interest, the Government initiates an investigation pursuant to section 20 of the

Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 and subregulation 7(1) of the

Countervailing and Anti-Dumping Duties Regulations 1994.

(2)

The investigation will determine the existence, degree and effect of the alleged dumping of the subject merchandise to Malaysian industry.

Questionnaire 6.

(1)

For the purpose of obtaining information deemed necessary for the investigation, the Government will send questionnaires to–

(a)

the Malaysian industry and any association of producers in Malaysia;

(b)

the producers or exporters of the subject merchandise from the People’s Republic of China, Chinese Taipei and the

Socialist Republic of Viet Nam named in the petition;

(c)

the importers and any association of importers named in the petition; and

(d)

the Governments of the People’s Republic of China, Chinese Taipei and the Socialist Republic of Viet Nam.

(2)

In any event, all interested parties not contacted by the

Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) are invited to contact MITI by e-mail in order to find out whether they are listed in this petition.

P.U. (B) 245 10

(3)

If necessary, such interested parties may request for a copy of the questionnaires by identifying the nature of their business activities relating to the investigation.

Collection of information 7.

All interested parties are invited to make their views known by electronic means, in particular by responding to the questionnaires addressed to them and by providing supporting evidence.

Verification of Information

Seksyen 8

The Government may verify the accuracy of information submitted during the investigation in accordance with section 40

of the

Countervailing and

Anti-Dumping Duties Act 1993 and regulation 38 of the Countervailing and

Anti-Dumping Duties Regulations 1994.

Time limit 9.

(1)

Any interested party who desires to request for a questionnaire shall do so not later than fifteen days after the publication of this notice in the Gazette.

(2)

All interested parties shall present their views by electronic means and submit questionnaire responses within the period of thirty days from the date of publication of this notice in the Gazette if such views and responses are to be taken into consideration during the anti-dumping duty investigation, unless otherwise specified.

Submission of information, questionnaire response and correspondence 10.

(1)

All submissions of information and questionnaire responses must be made by electronic means via Trade Remedies Investigation Management System (TRIMA), which can be accessed at https://traderemedies.miti.gov.my.

P.U. (B) 245 11

(2)

Any request for clarification and correspondence may be directed to—

Director

Trade Practices Section

Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI)

Level 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Telephone number

: (603) 6208 4634/4640/4643/4635

Facsimile number

: (603) 6211 4429

E-mail address

: alltps@miti.gov.my.

(3)

If the interested parties do not provide the necessary information or the information and views are not received in adequate form within the specified time limit, the Government may make its preliminary or final determination on the basis of the available facts in accordance with section 41 of the Countervailing and

Anti-Dumping Duties Act 1993.

Dated 16 July 2026

[MITI.600-2/2/57(S); PN(PU2)529/JLD.34]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Minister of Investment, Trade and Industry

Common questions

What is Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam?
Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 245 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam still in force?
Yes — Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam is currently in force.
When did Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam take effect?
Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam was first recorded in 2026.
How many sections does Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam have?
Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam contains 14 sections.
Where can I read the official version of Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam?
The official text of Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.