Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan Sabah 4D Jackpot 2026 · s 10
Suggest a correction
Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.
The text as we hold it
Open the official texts 10Cabutan SABAH 4D Jackpot
Cabutan SABAH 4D Jackpot hendaklah dijalankan pada tiap-tiap Rabu,
Sabtu dan Ahad, atau pada mana-mana hari yang lain yang ditentukan oleh Menteri, di tempat dan pada masa yang ditetapkan.
Setiap cabutan hendaklah mempunyai suatu nombor cabutan yang hendaklah dicetak pada resit tiket.
Pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan atau mengubah bilangan cabutan.
Apabila sesuatu cabutan tidak dapat diadakan pada tarikh yang ditetapkan, cabutan itu hendaklah diadakan apabila keadaan mengizinkan.
Dalam keadaan pemegang lesen memutuskan untuk tidak menjalankan sesuatu cabutan, semua pertaruhan yang ditempah bagi cabutan tersebut hendaklah dibayar balik kepada peserta dalam tempoh yang munasabah.
Pembayaran balik hendaklah dibuat apabila peserta mengemukakan resit tiket yang sah kepada pemegang lesen atau ejennya.
P.U. (B) 344 11
Pemegang lesen hendaklah menggunakan dua puluh tiga nombor kemenangan empat angka yang dicabut dalam permainan SABAH 4D atau menjalankan cabutan secara rawak dua puluh tiga nombor kemenangan empat angka yang dicabut dari 0000 hingga 9999.
Dalam keadaan nombor yang dicabut tidak membentuk suatu nombor empat angka, ia hendaklah dicabut semula sehingga satu nombor empat angka terbentuk.
Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan masalah teknikal, pemegang lesen hendaklah menyambung semula proses cabutan apabila keadaan mengizinkan. Dalam hal itu, semua nombor yang dicabut sebelumnya hendaklah diakui sebagai nombor kemenangan bagi semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah khususnya bagi cabutan SABAH 4D Jackpot tersebut.
Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan bencana alam, apa-apa kejadian yang berlaku secara kebetulan, atau force majeure yang mengakibatkan kehilangan rekod, dan oleh sebab penamatan proses cabutan tersebut memerlukan cabutan dimulakan semula, proses cabutan yang terdahulunya hendaklah dibatalkan untuk semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah.
Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kesilapan yang dibuat dalam penerbitan nombor kemenangan dalam apa jua perantara dan tidak bertanggungan dalam apa jua cara terhadap mana-mana orang bagi apa-apa kerugian yang mungkin dialami yang disebabkan oleh kesilapan itu.
Sijil hendaklah diakui dan dianggap sebagai rekod rasmi tunggal dan adalah muktamad, konklusif dan mengikat semua pihak.