Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

[Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004]

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

[Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004] is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 363, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

[ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004]

FATWA MENGENAI PENGHARAMAN AJARAN DAN FAHAMAN SYIAH

DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Opening note

Preamble

  1. Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini: Dan Bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini: Maka, Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut: "Ajaran dan Fahaman Syiah didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jammaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan dan perbuatan seperti berikut:

(i)

menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi pegangan

Ahli Sunnah Wal Jamaah;

(ii)

Mentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;

(iii)

Mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pergurangan atau penambahan di dalam Al-Quran serta mempercayai bahawa Al-Quran mengandungi tujuh belas ribu ayat;

(iv)

Menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah

S.A.W. dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12.

(v)

Mencerca dan menghina para sahabat yang diredai oleh Allah

S.W.T. dan para isteri Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad.

(vi)

Mempercayai Al Raja'ah iaitu Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya

Qiamat bersama-sama Imam Mahadi;

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

404

[1hb Mac 2012

(vii)

Mengamalkan Al-Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, pendapat yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;

(ix)

Mempercayai amalan menziarahi maqam Saidina Ali K.W. akan memperolehi ganjaran Syurga; dan

(x)

Melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10

Muharam.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan bahawa;

(i)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

(ii)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jammah;

(iii)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah;

(iv)

apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau

(v)

apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan;

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

1hb Mac 2012]

405

(vi)

Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman

Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;

(vii)

Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Bertarikh 4 Januari 2012

[MNPK.A351.IST/01/7 JLD2;

PU.Pk. 07/2001]

Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan

TAN SRI DATO’ SERI (DR) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA

Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Perak Darul Ridzuan

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.