Seksyen 11
Deposit
(1)
Pihak Berkuasa Melesen boleh sebelum memberikan sesuatu lesen di bawah Undang-Undang Kecil ini menghendaki mana-mana orang untuk memberikan deposit yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dalam bentuk sebagaimana Pihak
Berkuasa Melesen boleh tentukan, bagi memastikan pematuhan wajar dengan apa-apa syarat atau sekatan atau peruntukan Undang-Undang Kecil ini.
(2)
Pihak Berkuasa Melesen boleh selepas memberi pemegang lesen peluang untuk didengar, melucuthakkan deposit dalam kesemua atau sebahagian daripada deposit itu jika Pihak Berkuasa Melesen itu berpuas hati bahawa terdapat suatu pelanggaran mana-mana syarat, sekatan atau peruntukan Undang-Undang Kecil ini.
(3)
Tertakluk kepada perenggan (2), Pihak Berkuasa Melesen hendaklah mengembalikan deposit setelah menerima notis bertulis daripada pemegang lesen untuk –
(a)
menghentikan aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian semasa tempoh lesennya masih sah; atau
(b)
tidak membaharui lesen aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian selepas lesennya tamat tempoh.
5hb Dis. 2013]
1167
(4)
Walau apapun perenggan (2), perlucuthakkan apa-apa deposit atau mana-mana bahagiannya di bawah perenggan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang pendakwaan mana-mana orang kerana melanggar apa-apa syarat atau sekatan sesuatu lesen atau melanggar mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini.