Seksyen 18
Menumpahkan bahan mengganggu di tempat awam
of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Besut) 2013
Pemegang lesen tidak boleh:
(a)
meletak, menyimpan, membuang, menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, disimpan atau dibuang apa–apa habuk, kotoran, kertas, abu, bangkai, sampah, kotak, tong, karung atau benda ke dalam mana-mana longkang, siarkaki, kawasan pejalan kaki, tempat awam atau mana-mana jalan hadapan, di belakang atau di sebelah premisnya;
(b)
menyimpan atau meninggalkan apa–apa benda atau barang di mana-mana tempat di mana ianya atau zarah daripadanya telah masuk atau mungkin masuk ke dalam mana-mana longkang, siarkaki, kawasan pejalan kaki, tempat awam atau mana-mana jalan hadapan, di belakang atau di sebelah premisnya;
(c)
menjemur apa–apa benda, makanan atau barang di mana–mana longkang, siarkaki, kawasan pejalan kaki, tempat awam atau mana-mana jalan hadapan, di belakang atau di sebelah premisnya;
(d)
menjatuhkan, menumpah atau menabur apa–apa darah, air masin, buangan cecair, cecair kotor atau benda yang mengganggu atau kotor dari apa–apa jenis yang dialirkan atau masuk ke dalam mana-mana longkang, siarkaki, kawasan pejalan kaki, tempat awam atau mana-mana jalan hadapan, di belakang atau di sebelah premisnya;
(e)
menjatuhkan, menumpah atau menabur apa–apa debu, pasir, tanah, kelikir, tanah liat, batu, rumput, jerami, sisa kayu, habuk kayu yang digergaji, abu, sampah kebun, sampah kandang, sampah tred, baja sampah atau apa–apa barang lain atau benda ke dalam mana-mana longkang, siarkaki, kawasan pejalan kaki, tempat awam atau mana-mana jalan hadapan, di belakang atau di sebelah premisnya;
(f)
mengayak, mengirai, mencuci, memukul atau dengan cara lain mengacau apa-apa kapur, abu, pasir, arang batu, rambut, kertas buangan, bulu atau bahan lain dengan sesuatu cara supaya ia diterbangkan atau mungkin diterbangkan oleh angin ke dalam mana-mana longkang, siarkaki, kawasan pejalan kaki, tempat awam atau mana-mana jalan hadapan, di belakang atau di sebelah premisnya;
atau
(g)
membuang atau meninggalkan apa–apa botol, gelas, tin, bekas makanan, pembungkus makanan, zarah makanan atau benda atau barang ke dalam mana-mana longkang, siarkaki, kawasan pejalan kaki, tempat awam atau mana-mana jalan hadapan, di belakang atau di sebelah premisnya.
19hb Dis. 2013]
2019
(2)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan undang-undang kecil ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda yang tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.