Seksyen 24
Keselamatan pekerjaan dan kebersihan
Pemegang lesen hendaklah menyediakan suasana selamat dan sihat di premis berlesen kepada pekerjanya seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melesen.
(2)
Lantai dan tangga di setiap premis berlesen hendaklah—
(a)
diselenggara dalam keadaan rata, baik, tidak licin dan tidak berbahaya;
dan
(b)
bebas dari lubang selepas pemasangan penutup, saliran air atau konduit yang tidak sempurna dan bebas daripada paku-paku yang menonjol, injap atau paip terkeluar atau bebas daripada lain-lain alat atau halangan yang jelas.
(3)
Pemegang lesen hendaklah menyediakan kotak perubatan kecemasan yang mencukupi dan hendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.
(4)
Tiada sebarang peralatan atau barang milik pekerja atau pakaian boleh disimpan atau digantung di mana-mana bahagian premis berlesen kecuali di dalam almari berkunci atau dalam bilik rehat atau ruangan yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Melesen.
(5)
Pemegang lesen hendaklah memastikan premis berlesen menjadi tidak sesak sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau berbahaya kepada kesihatan pekerjanya.
Peruntukan bilik mes, dll.