Skip to content

Seksyen 4

Permohonan lesen

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Hulu Terengganu) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 4 of 49
Seksyen 4

(1)

Sesuatu permohonan bagi sesuatu lesen di bawah Undang–Undang Kecil ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui borang yang ditetapkan oleh Pihak

Berkuasa Melesen.

(2)

Pihak Berkuasa Melesen boleh menghendaki mana–mana pemohon bagi pengeluaran atau pembaharuan sesuatu lesen supaya hadir sendiri atau, dalam hal sesuatu perbadanan atau firma, seorang wakil yang diberi kuasa oleh perbadanan atau firma tersebut supaya hadir, semasa lesen tersebut dikeluarkan atau diperbaharui.

(3)

Pemohon hendaklah membuat pembayaran fi pemprosesan seperti yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama semasa permohonan dikemukakan dan fi pemprosesan tidak akan dikembalikan sama ada permohonan diluluskan atau tidak diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melesen.

(4)

Pihak Berkuasa Melesen boleh menghendaki pemohon memberi apa-apa dokumen atau maklumat tambahan semasa mengemukakan permohonan lesen.

(5)

Apabila permohonan itu diluluskan, Pihak Berkuasa Melesen boleh mengeluarkan lesen yang tertakluk kepada –

(a)

pembayaran deposit seperti jumlah yang ditetapkan oleh Majlis sebagai jaminan untuk memastikan bahawa peruntukan Undang-Undang Kecil ini dan syarat lesen dipatuhi;

(b)

pembayaran apa-apa fi yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua; dan

(c)

apa-apa syarat atau sekatan yang dinyatakan di dalamnya.

19hb Dis. 2013]

1469

(6)

Lesen hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak

Berkuasa Melesen.