Skip to content

Seksyen 36

Penggeledahan

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Marang ) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 36 of 49
Seksyen 36
(1)

Jika mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis dan selepas siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk percaya bahawa –

(a)

suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau premis berlesen; atau

(b)

apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini boleh ditemui di premis tersebut, dia boleh melalui waran, membenarkan Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang dinamakan dalam waran itu, dengan atau tanpa apa-apa bantuan yang diperlukan untuk masuk dan menggeledah tempat itu.

(2)

Walau apapun perenggan (1), jika Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor ada alasan yang munasabah untuk percaya bahawa –

(a)

suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau premis berlesen; dan

(b)

oleh sebab apa-apa kelengahan untuk mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin akan terkecewa,

1318

[5hb Dis. 2013

maka Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh dengan atau tanpa apa-apa bantuan memasuki tempat itu dan menggeledah tempat itu dan memeriksa mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya mempunyai kaitan dalam pengurusan mana-mana premis tersebut.