Seksyen 26
Pemegang lesen hendaklah memastikan di dalam tempat atau premis yang dilesenkan—
of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Setiu ) 2013
State Subsidiary LegislationIn forceProvision 26 of 49
Seksyen 26
(a)
kelengkapan melawan kebakaran yang cukup dipasang, disenggara dan berfungsi dengan baik;
(b)
semua tangga, laluan, platform dan jalan keluar disediakan, disenggara dan berfungsi dengan baik; dan
(c)
semua tangga, laluan, platform dan jalan keluar bebas dari segala halangan dan tiap–tiap pintu di dalamnya dibuat dan dipasang sedemikian cara supaya dapat dibuka dengan mudah.