Seksyen 43
Kuasa menutup premis
of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Setiu ) 2013
Tanpa menjejaskan perjalanan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah undang-undang kecil 38 dan 39 Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, dengan serta merta mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk menutup mana-mana premis berlesen jika dia berpuas hati bahawa-
(a)
telah berlaku pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil ini atau mana-mana syarat atau sekatan lesen;
(b)
penutupan itu adalah perlu untuk atau yang bermanafaat untuk kepentingan awam; atau
(c)
lesen tersebut telah diperolehi secara tidak wajar atau menyalahi undang-undang.
(2)
Jika premis berlesen ditutup di bawah perenggan (1) lesen bagi premis tersebut hendaklah disifatkan digantung dalam tempoh penutupan itu,
(3)
Semasa tempoh penutupan pemegang lesen hendaklah mengambil langkah seperti yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Melesen untuk memastikan bahawa semua syarat dan sekatan lesen serta mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini dipatuhi.
(4)
Pihak Berkuasa Melesen boleh selepas menjalankan siasatan yang membenarkan premis berlesen dibuka jika Pihak Berkuasa Melesen berpuas hati bahawa punca penutupan diselesaikan dan dihapuskan atau semua syarat dan sekatan lesen serta mana-mana peruntukan Undang-undang Kecil ini telah dipatuhi.
(5)
Jika sehingga akhir tempoh penutupan, pemegang lesen masih gagal untuk mematuhi mana-mana syarat sekatan lesen atau mana-mana peruntukan
Undang-Undang Kecil ini maka Pihak Berkuasa Melesen hendaklah membatalkan lesennya.