Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947

ActIn forceProvision 2 of 6
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika hal perkara atau konteksnya menghendaki makna yang lain—

“melarikan orang,” “subahat,” “percubaan,” “mengugut secara jenayah,” “pemerasan,” “memberikan keterangan palsu,” dan

“mereka-reka keterangan palsu” dengan variasi kenahuannya dan ungkapan seasalnya mempunyai erti yang sama seperti dalam

Kanun Keseksaan [Akta 574];

“prosiding jenayah”, termasuklah apa-apa perbicaraan atau siasatan jenayah di hadapan Mahkamah atau tribunal yang mempunyai bidang kuasa jenayah, dan inkues atau siasatan mengenai kematian, dan penyiasatan polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

(2)

Bagi maksud Akta ini, perjalanan keadilan terhalang jika mana-mana orang yang dikehendaki daripadanya apa-apa keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat dalam atau bagi maksud

Undang-Undang Malaysia 6

apa-apa prosiding jenayah, tidak lagi boleh didapati untuk memberikan keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat itu, atau tidak memberikan keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat itu, atau memberikan atau mereka-reka keterangan palsu.

Melarikan orang dengan niat hendak melakukan pemerasan