Skip to content
ActIn force

Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1949
Sections
6
Languages
EN · MS

Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 is Malaysia Act, cited as Act 196 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 196

AKTA AMANAH (KOMPETENSI

BADAN PERUNDANGAN

NEGERI) 1949

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Trusts (State Legislatures

Competency) Act 1949. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1)

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2006

Undang-Undang Malaysia 2

Pertama kali diperbuat

…

…

…

1949 (Ord. No. 25

tahun 1949)

Disemak

…

…

…

…

…

…

1977 (Akta 196 m.b.p.

1 Disember 1977)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri)

3

Akta 196

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memberikan kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan amanah. [30 Ogos 1949] Tajuk ringkas
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Amanah (Kompetensi

Badan Perundangan Negeri) 1949.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai hanya di Semenanjung Malaysia.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“sedia ada” ertinya sedia ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini.

*“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 & 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan.

Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan amanah

(1)

Badan Perundangan Negeri berwibawa untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan, berhubung dengan apa-apa perkara atau hal yang dinyatakan dalam Jadual, bagi

*CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

“Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

Undang-Undang Malaysia 6

penubuhan apa-apa amanah tertentu dan pelantikan pemegang-pemegang amanah berkenaan dengannya, dan bagi apa-apa hal lain yang bersampingan atau berbangkit berhubung dengannya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Badan Perundangan itu, dan dari semasa ke semasa untuk meminda atau memansuhkan mana-mana undang-undang itu.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan perintah, menambah atau meminda Jadual.

Meminda undang-undang yang sedia ada

Jika mana-mana Enakmen Negeri yang sedia ada mengadakan peruntukan, berhubung dengan apa-apa perkara atau hal yang dinyatakan dalam Jadual, bagi penubuhan apa-apa amanah tertentu, maka Badan Perundangan Negeri berwibawa untuk meminda atau memansuhkan Enakmen itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

Pengiktirafan amanah di seluruh Semenanjung Malaysia

Apa-apa amanah yang ditubuhkan dengan sempurna oleh atau di bawah suatu undang-undang Negeri, sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, selagi undang-undang Negeri itu masih berkuat kuasa, diiktiraf dengan sewajarnya sebagai demikian di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kecualian

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak dan kuasa Parlimen untuk meluluskan apa-apa undang-undang yang difikirkannya patut berhubung dengan amanah dan pemegang amanah.

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri)

JADUAL

[Seksyen 3]

Amanah Agama Islam

Biasiswa Negeri

Endowmen Pendidikan Negeri

Khairat dan Institusi Khairat

Taman Negeri

Kemajuan Kawasan Bandar

Amanah Warisan Negeri

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 196

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

L.N. 610/1951

Perintah Amanah (Kompetensi 01-11-1951

Badan Perundangan Negeri dan

Selat) 1951

P.U. (A) 404/1990

Perintah Amanah (Kompetensi 23-11-1990

Badan Perundangan Negeri)

(Pindaan Jadual) 1990

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri)

9

Akta 196

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

L.N. 610/1951 01-11-1951

P.U. (A) 404/1990 23-11-1990

Common questions

What is Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949?
Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 is Malaysia Act, cited as Act 196 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.
Is Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 still in force?
Yes — Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 is currently in force.
When did Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 take effect?
Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 was first recorded in 1949.
How many sections does Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 have?
Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 contains 6 sections.
Where can I read the official version of Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949?
The official text of Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.