Skip to content
ActIn force

Akta Pandu Puteri 1953

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1953
Sections
12
Languages
EN · MS

Akta Pandu Puteri 1953 is Malaysia Act, cited as Act 456 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 456

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Girl Guides Act 1953

[Act 456]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa

Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat … … … … … … 1953 (Ord. No. 61

tahun 1953)

Disemak

… … … … … … 1991 (Akta 456 m.b.p 13 April 1991)

3

Akta 456

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi pemerbadanan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan untuk meningkatkan dan melindungi aktiviti dan kepentingan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. [24 Disember 1953] Tajuk ringkas

Dalam Akta ini—

“Persatuan” ertinya Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diperbadankan di bawah Piagam Diraja yang diberikan pada 14 Disember 1922;

“Pandu” termasuklah seorang Tunas Puteri, Pandu, Renjer, Kadet atau Ahli Biasa Persatuan Pandu Puteri, yang diiktiraf sedemikian oleh Kaedah-Kaedah Persatuan Pandu Puteri sebagaimana yang dipinda bagi kegunaan oleh Cawangan Malaysia Persatuan tersebut.

Pemerbadanan Ketua Pesuruhjaya dan kuasa perbadanan

(1)

Orang yang pada masa sekarang menjalankan kewajipan sebagai Ketua Pesuruhjaya Persatuan, dan pengganti dalam jawatannya, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan,

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 456

di bawah nama “Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri

Malaysia”, dalam Akta ini disebut “perbadanan”.

(2)

Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya tersebut dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan; dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap, yang mengandungi perkataan “Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia”, boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.

(3)

Perbadanan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih, dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada perbadanan tersebut atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh perbadanan.

Penyempurnaan dokumen

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai perbadanan itu di hadapan orang yang pada masa sekarang sedang menjalankan kewajipan Ketua Pesuruhjaya Persatuan, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai tersebut dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai perbadanan yang sah.

Pandu Puteri 7

Pelantikan

Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang, atau bertindak atas, jawatan

Ketua Pesuruhjaya Persatuan hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah dilantik dengan sewajarnya.

Sekatan mengenai penjualan lencana, dsb., Persatuan

Tiada seorang pun, selain Persatuan, boleh menjual atau mempamerkan untuk jualan apa-apa lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seorang Pandu di bawah

Kaedah-Kaedah Persatuan, kecuali lencana, tanda atau lambang itu boleh dijual atau dipamerkan untuk dijual oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Ketua Pesuruhjaya

Persatuan.

Sekatan mengenai penggunaan lencana

Tiada seorang pun, yang bukan seorang Pandu, boleh memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam dengan cara yang akan menyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang Pandu apa-apa lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seorang Pandu di bawah Kaedah-Kaedah Persatuan.

Pemilikan lencana

Tiada seorang pun boleh tanpa kuasa atau alasan yang sah, ada dalam milikannya—

(a)

apa-apa reka bentuk yang begitu menyerupai mana-mana lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seorang Pandu di bawah Kaedah-Kaedah Persatuan sehingga menyebabkan reka bentuk itu dipercayai sebagai lencana, tanda atau lambang sedemikian;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 456

(b)

apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang begitu menyerupai apa-apa perkataan atau tulisan yang biasanya digunakan untuk memperihalkan mana-mana Pandu sehingga boleh dikira bertujuan untuk memperdaya atau mengelirukan;

atau

(c)

apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan “Pandu Puteri” atau “Pandu-Pandu Puteri”.

Penjalanan salah kuasa oleh Pandu

Tiada seorang Pandu pun boleh mendapatkan atau mencuba oleh sebab dia memakai, membawa atau mempunyai apa-apa lencana, tanda atau lambang Persatuan, atau lencana, tanda atau lambang yang berupa sebagai, untuk menguatkuasakan atau menjalankan kuasa selain mengikut dan sebagaimana yang diberi kuasa oleh

Kaedah-Kaedah Persatuan.

Pengakuan palsu mengenai perkaitan

Tiada seorang pun boleh membentuk, menganjurkan atau bekerja berkaitan dengan, atau terlibat dalam pembentukan, penganjuran atau bekerja berkaitan dengan, mana-mana kor atau badan yang tanpa kuasa yang sewajarnya mengaku atau berupa sebagai “Pandu Puteri”

atau selainnya sebagai berkaitan dengan Persatuan.

Larangan terhadap organisasi yang tidak dibenarkan

(1)

Tiada seorang pun boleh, tanpa persetujuan daripada

Yang di-Pertuan Agong, membentuk atau bekerja berkaitan dengan atau menjadi seorang anggota mana-mana organisasi selain Persatuan yang menjalankan atau diniatkan untuk menjalankan apa-apa kerja yang serupa jenisnya dengan kerja yang dijalankan oleh Persatuan.

Pandu Puteri 9

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai walaupun organisasi itu ialah, atau terkandung dalam, suatu Pertubuhan yang didaftarkan atau dikecualikan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Penalti

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh didenda lima ratus ringgit.

10

Akta 456

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 332/1958

Perintah Perlembagaan Persekutuan

(Pengubahsuaian

Undang-Undang)

(Ordinan dan Proklamasi) 1958

13-11-1958

11

Akta 456

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

11

P.U. 332/1958 13-11-1958

Common questions

What is Akta Pandu Puteri 1953?
Akta Pandu Puteri 1953 is Malaysia Act, cited as Act 456 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
Is Akta Pandu Puteri 1953 still in force?
Yes — Akta Pandu Puteri 1953 is currently in force.
When did Akta Pandu Puteri 1953 take effect?
Akta Pandu Puteri 1953 was first recorded in 1953.
How many sections does Akta Pandu Puteri 1953 have?
Akta Pandu Puteri 1953 contains 12 sections.
Where can I read the official version of Akta Pandu Puteri 1953?
The official text of Akta Pandu Puteri 1953 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.