Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Kewangan
Antarabangsa 1957.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Perbadanan Kewangan Antarabangsa 1957 is Malaysia Act, cited as Act 428 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
MALAYSIA
_________
VERSI ATAS TALIAN
TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
_________
Akta 428
AKTA PERBADANAN KEWANGAN
ANTARABANGSA 1957
Sebagaimana pada 1 Januari 2013
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi
International Finance Corporation Act 1957 sebagaimana yang disemak dalam tahun 1990. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat … … … … … 1957 (Ord. No. 77
tahun 1957)
Disemak … … … … … 1990 (Akta 428 m.b.p 31 Mac 1990)
3
Akta 428
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Kewangan
Antarabangsa 1957.
Tafsiran
Dalam Akta ini “Perjanjian” ertinya apa-apa perjanjian yang boleh ditandatangan dan diterima bagi pihak Kerajaan Malaysia menurut Perkara-Perkara yang diluluskan pada sebelas haribulan
April 1955, oleh pengarah eksekutif Bank Antarabangsa bagi
Penyusunan Semula dan Pembangunan dan memperuntukkan bagi penubuhan dan perjalanan suatu badan antarabangsa yang disebut
“Perbadanan Kewangan Antarabangsa” (salinan Perkara-Perkara itu dan memorandum huraian yang dipersetujui seperti yang disebut terdahulu, telah dibentangkan di hadapan Parlimen); dan
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Kewangan Antarabangsa yang ditubuhkan oleh Perjanjian itu.
Peruntukan kewangan
(1)
Maka hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang
Disatukan semua jumlah wang yang dikehendaki bagi maksud membuat pembayaran bagi pihak Kerajaan Malaysia di bawah perenggan 3(a) Perkara II Perjanjian (yang memperuntukkan bagi memohon beli syer saham Perbadanan oleh anggotanya).
Semua jumlah wang yang diterima oleh Kerajaan Malaysia daripada Perbadanan menurut Perjanjian hendaklah dibayar ke dalam
Kumpulan Wang Disatukan.
Perintah bagi melaksanakan Perjanjian
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya semunasabahnya perlu bagi melaksanakan apa-apa peruntukan Perjanjian yang berhubungan dengan status, kekebalan dan keistimewaan Perbadanan itu dan gabenor, pengarah, anggota silih ganti, pegawai dan pekerjanya.
7
AKTA 428
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk Ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 404/66 Perintah Ubahsuaian
Undang-Undang
(Perbadanan Kewangan
Antarabangsa)
(Perluasan ke Negeri-Negeri Borneo)
1966 3-11-1966
8
AKTA 428
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
− NIL−
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.