Skip to content
ActIn force

Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1960
Sections
9
Languages
EN · MS

Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 is Malaysia Act, cited as Act 431 1960, currently marked in force and first recorded in 1960.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA

YANG KEMAS KINI

Akta 431

AKTA PERSATUAN

PEMBANGUNAN

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi

International Development Association Act 1960 sebagaimana disemak dalam tahun 1990. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

[Akta 32], ia bukannya perundangan.

2

Pertama kali diperbuat … … 1960 (Ord. No. 19 of 1960)

Disemak … … … …

1990 (Akta 431 m.b.p 31 Mac 1990)

3

Akta 431

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membolehkan Malaysia menjadi anggota Persatuan Pembangunan Antarabangsa melalui penerimaan Perkara-Perkara Perjanjian bagi penubuhan dan pengendalian Persatuan Pembangunan Antarabangsa. [Semenanjung Malaysia−30 Julai 1960; Sabah dan Sarawak−10 Jun 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut : Tajuk ringkas dan pemakaian

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“Bank” ertinya Bank Antarabangsa bagi Pembentukan Semula dan

Pembangunan yang ditubuhkan menurut Perkara-Perkara Perjanjian yang dibuat dalam Persidangan Kewangan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di Bretton Woods di New Hampshire, Amerika

Syarikat pada Julai 1944;

6

Undang-Undang Malaysia

AKTA 431

“mata wang boleh tukar secara bebas” ertinya apa-apa mata wang yang disifatkan boleh tukar secara bebas mengikut perenggan 2(f)

Perkara II Perjanjian;

“Perjanjian”

ertinya

Perkara-Perkara

Perjanjian

Persatuan sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah-Pengarah Eksekutif

Bank pada 26 Januari 1960;

“Persatuan” ertinya Persatuan Pembangunan Antarabangsa yang ditubuhkan melalui Perjanjian.

Pemberikuasaan Menandatangani Perjanjian

Yang di-Pertuan Agong adalah dengan ini diberi kuasa melalui surat cara di bawah tandatangannya untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimana yang dinamakan dalam surat cara itu, bagi pihak Kerajaan Malaysia―

(b)

untuk menyimpan di Bank suatu surat cara penerimaan

Perjanjian itu yang menyatakan bahawa Kerajaan

Malaysia telah menerima Perjanjian itu mengikut undang-undangnya dan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan

Kerajaan

Malaysia menjalankan semua obligasinya di bawah Perjanjian tersebut.

Yuran kepada Persatuan

(1)

Maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan

Wang Disatukan apa-apa bahagian yuran Malaysia kepada Persatuan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual A Perjanjian sebagaimana yang, mengikut seksyen 2 Perkara II Perjanjian, kena dibayar dengan emas atau dengan mata wang boleh tukar secara bebas, atau dengan mata wang Malaysia.

(2)

Tertakluk kepada seksyen 5, maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan mana-mana bahagian apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada

Persatuan Pembangunan Antarabangsa

7

Persatuan sebagaimana yang, menurut perenggan 1(b) Perkara III

Perjanjian, kena dibayar dengan emas atau dengan mata wang boleh ditukar secara bebas, atau dengan mata wang Malaysia.

Kelulusan Dewan Rakyat mengenai yuran tambahan kepada

Persatuan

Bila masa jua apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada

Persatuan dibenarkan menurut seksyen 1 Perkara III Perjanjian, tiada amaun boleh disumbangkan berkenaan dengannya kecuali dengan kelulusan terlebih dahulu yang ditandakan melalui ketetapan, daripada Dewan Rakyat.

Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga

Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa, bagi pihak

Kerajaan, untuk mewujudkan dan mengeluarkan kepada Persatuan, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut, apa-apa nota tanpa bunga dan nota tak boleh niaga atau obligasi yang seumpamanya sebagaimana yang Persatuan boleh―

(a)

di bawah perenggan 2(e) Perkara II Perjanjian, menerima daripada Kerajaan sebagai ganti apa-apa mata wang

Malaysia yang dibayar atau yang kena dibayar oleh

Kerajaan di bawah perenggan 2(d) Perkara II Perjanjian atau di bawah seksyen 2 Perkara IV Perjanjian; atau

(b)

menurut perenggan 1(b)

Perkara

III

Perjanjian, memutuskan untuk menerima sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia berhubungan dengan apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada Persatuan.

Pertanggungan bayaran lain kepada Persatuan

Maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang

Disatukan―

(a)

semua jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Persatuan di bawah perenggan 2(a) Perkara IV

8

Undang-Undang Malaysia

AKTA 431

Perjanjian (yang berhubungan dengan perubahan pada nilai tara atau nilai pertukaran asing bagi mata wang anggota);

(b)

semua jumlah wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Persatuan di bawah seksyen 6;

(c)

apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Persatuan di bawah perenggan 4 (c)(i) Perkara VII

Perjanjian (yang berhubungan dengan pengunduran anggota daripada Persatuan).

Penerimaan

Semua jumlah wang yang diterima oleh atau bagi pihak Kerajaan

Malaysia daripada Persatuan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang Disatukan.

Perintah bagi menguatkuasa Perjanjian

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang dia fikirkan semunasabahnya perlu bagi menguatkuasakan mana-mana peruntukan Perjanjian berhubungan dengan taraf, kekebalan dan keistimewaan Persatuan dan gabenor-gabenor, pengarah-pengarah eksekutif, anggota silih ganti, pegawai dan pekerja mereka masing-masingnya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu dalam Perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.

________________________________

9

Akta 431

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

TIADA

10

Akta 431

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA

Common questions

What is Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960?
Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 is Malaysia Act, cited as Act 431 1960, currently marked in force and first recorded in 1960.
Is Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 still in force?
Yes — Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 is currently in force.
When did Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 take effect?
Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 was first recorded in 1960.
How many sections does Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 have?
Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 contains 9 sections.
Where can I read the official version of Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960?
The official text of Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.