Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perbadanan) the Superior of the Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy 1972.
6
Undang-Undang Malaysia
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta (Perbadanan) Superior of the Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy 1972 is Malaysia Act, cited as Act 86 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 86
AKTA (PERBADANAN) THE
SUPERIOR OF THE INSTITUTE
OF THE CONGREGATION
OF THE BROTHERS OF
MERCY 1972
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006
2
Undang-Undang Malaysia
Tarikh Perkenan Diraja
…
…
…
26 September 1972
Tarikh penyiaran dalam Warta
…
…
30 September 1972
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994
Cetakan Semula Yang Kedua
… … … … 1999
(Perbadanan) the Superior of The Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy 3
Seksyen 1.
Tajuk ringkas 2.
Pemerbadanan dan kuasa Superior 3.
Penggunaan meterai perbadanan 4.
Pelantikan 5.
Peletakhakan harta Institut 6.
Kecualian hak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan hak orang lain
Akta 86
Opening note
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perbadanan) the Superior of the Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy 1972.
6
Undang-Undang Malaysia
Pemerbadanan dan kuasa Superior
Jawatan Superior of the Institute of the Congregation of the
Brothers of Mercy hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan bernama “The Superior of the Institute of the Congregation of the
Brothers of Mercy” (dalam Akta ini disebut “Perbadanan itu”).
Perbadanan itu boleh membuat kontrak dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi inskripsi “Superior of the
Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
Perbadanan itu boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan apa-apa urusan mengenai mana-mana harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan tersebut mengikut apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan itu.
Penggunaan meterai perbadanan
Tiada surat ikatan, suratan atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai Perbadanan itu boleh disifatkan telah dimeteraikan dengan sepatutnya melainkan jika meterai itu telah dicapkan di hadapan orang yang pada masa itu memegang atau memangku jawatan Superior of the Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sepatutnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa
Wakil 1949 [Akta 424], dan melainkan jika surat ikatan, suratan atau surat cara yang lain itu ditandatangani oleh orang itu.
Tandatangan sedemikian hendaklah diterima sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian sepatutnya bagi surat ikatan, suratan atau surat cara yang lain itu.
(Perbadanan) the Superior of The Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy 7
Pelantikan
Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang atau memangku jawatan Superior bagi Institut tersebut hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah dilantik sedemikian dengan sepatutnya.
Peletakhakan harta Institut
Segala harta alih dan harta tak alih yang terletak di Malaysia yang sebelum ini dipegang, untuk dan oleh Institut, dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahkan hakmilik, dipindahkan kepada atau dengan cara lain diletakhakkan pada Institut itu adalah dengan ini diletakhakkan pada Perbadanan itu dalam keadaan dan tertakluk kepada sekatan sebagaimana yang harta itu dipegang oleh Institut itu.
Kecualian bagi hak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan hak orang lain
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di
Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, hak segala pertubuhan politik dan perbadanan dan hak orang lain, kecuali hak orang sebagaimana yang disebut dalam Akta ini, dan hak orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 86
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
— TIADA —
(Perbadanan) the Superior of The Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy 9
Akta 86
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
— TIADA —
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.