Skip to content
ActIn force

Akta Yayasan Tun Razak 1976

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1976
Sections
19
Languages
MS · EN

Akta Yayasan Tun Razak 1976 is Malaysia Act, cited as Act 178 1976, currently marked in force and first recorded in 1976.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 178

AKTA YAYASAN TUN RAZAK

1976

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

2

Undang-Undang Malaysia

Tarikh Perkenan Diraja

…

…

…

28 Oktober 1976

Tarikh penyiaran dalam Warta

…

…

28 Oktober 1976

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001

Yayasan Tun Razak 3

Akta 178

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Yayasan Tun Razak dan untuk membuat peruntukan bagi pengurusan Yayasan itu dan bagi perkara lain yang bersampingan dengannya. [29 Oktober 1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

Bahagian II

(1)

Suatu Yayasan bernama Yayasan Tun Razak, adalah dengan ini ditubuhkan, yang dalam Akta ini disebut Yayasan.

6

Undang-Undang Malaysia

(2)

Yayasan terletak hak pada dan hendaklah diuruskan oleh suatu Lembaga Pemegang Amanah, yang dalam Akta ini disebut

Lembaga, yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dengan kuasa untuk mendakwa dan didakwa, untuk memegang harta alih dan harta tak alih, untuk membuat kontrak, dan tertakluk sebagaimana yang diperuntukkan, untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, menggadaijanjikan, memajakkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Lembaga atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Bahagian III

Kuasa Lembaga untuk menerima pemberian, derma, dsb.

Lembaga mempunyai kuasa, menurut budi bicaranya untuk menerima apa-apa pemberian, derma, endowmen, hadiah atau bekues yang diberikan kepada atau untuk Yayasan.

Anggota Lembaga

(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut—

(a)

seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong;

(c)

tidak lebih daripada lapan belas ahli lain yang dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Pengerusi.

(2)

Pengerusi dan anggota Lembaga yang tersebut dalam perenggan (1)(c) hendaklah dilantik bagi tempoh empat tahun dan adalah layak dilantik semula.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga dan jika dia tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, mana-mana anggota lain sebagaimana yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

Yayasan Tun Razak 7

(4)

Lembaga hendaklah bermesyuarat di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi dan di sesuatu mesyuarat Lembaga lapan orang ahli hendaklah menjadi kuorum.

(6)

Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga adalah mempunyai kuasa untuk menentukan tatacaranya sendiri.

Kehilangan kelayakan anggota

Seseorang anggota Lembaga hilang kelayakan untuk memegang jawatan sebagai anggota jika dia—

(b)

dijatuhi hukuman pemenjaraan selama sesuatu tempoh;

atau

(c)

melakukan apa-apa pecah amanah atau meninggalkan kewajipannya sebagai anggota, yang pada pendapat pihak berkuasa melantik mewajarkan dia dipecat.

Pemecatan daripada jawatan

(1)

Menteri boleh pada bila-bila masa memecat daripada jawatan mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c) dan melantik seorang lain bagi menggantikannya selepas berunding dengan Pengerusi.

(2)

Tanpa menyentuh kuasa pemecatan di bawah subseksyen

(1)

, Menteri, selepas berunding dengan Pengerusi, boleh memecat daripada jawatan mana-mana ahli Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), yang, oleh sebab tidak sihat atau telah lama tidak ada dalam Malaysia, adalah, pada pendapat Menteri menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan dengan wajar kewajipannya sebagai seorang ahli Lembaga.

8

Undang-Undang Malaysia

Bahagian IV

TUJUAN YAYASAN

Tujuan Yayasan adalah—

(a)

mengekalkan nama baik Yang Amat Berhormat Tun Abdul

Razak;

(b)

mencapai hasrat dan mengekalkan jasa baik Yang Amat

Berhormat Tun Abdul Razak;

(c)

menanam dan menggalakkan perasaan saling memahami antara kumpulan kaum dan manusia;

(d)

menggalakkan keamanan dan persefahaman antara bangsa;

dan

(e)

memperbaiki standard pelajaran dalam semua lapangan dan meninggikan taraf kehidupan rakyat.

Kuasa Lembaga

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan bagi melaksanakan tujuan Yayasan.

Bahagian V

PENTADBIRAN, PELABURAN DAN KEWANGAN

Kos mengurus Yayasan

(1)

Semua perbelanjaan yang bersampingan dengan pengurusan

Yayasan hendaklah dibayar daripada wang Yayasan terlebih dahulu daripada apa-apa bayaran lain.

(2)

Baki wang Yayasan selepas dibayar perbelanjaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah digunakan bagi maksud mencapai tujuan Yayasan.

(3)

Semua wang yang dibayar kepada Yayasan hendaklah disimpan dengan mana-mana institusi kewangan yang diluluskan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Yayasan Tun Razak 9

Kuasa pelaburan Lembaga

Aset Yayasan boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah atau mana-mana pelaburan lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Menteri.

Audit dan akaun

(1)

Akaun Yayasan hendaklah diaudit oleh suatu firma Akauntan

Raya Bertauliah yang diluluskan yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan bertulis Menteri.

(2)

Tidak lewat daripada 31 hari bulan Mei setiap tahun Lembaga hendaklah menyampaikan kepada Menteri suatu akaun hasil dan perbelanjaan Yayasan bagi tahun yang lalu yang telah diaudit bersama dengan suatu penyata aset dan tanggungannya.

Meterai Lembaga

(1)

Meterai Lembaga hendaklah berada dalam jagaan Pengerusi dan tidak boleh dicapkan pada mana-mana surat cara kecuali di hadapan Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga yang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi.

(2)

Sesuatu surat cara yang padanya ada meterai Lembaga dicapkan dan diakusaksikan sedemikian hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Lembaga mempunyai kuasa untuk melantik seorang Setiausaha kepada Lembaga dan beberapa orang pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang perlu untuk menjalankan kewajipan dan fungsi

Lembaga.

Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan

Tiada seorang pun ahli Lembaga boleh dikenakan tanggungan terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada atau bersampingan dengan sesuatu pelaburan yang dibuat melainkan jika kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaiannya yang sengaja, fraud atau kecurangannya; dan tiada seorang pun anggota Lembaga, seseorang

10

Undang-Undang Malaysia ejen atau sesiapa jua yang bertindak di bawah kuasa Lembaga boleh bertanggungan sendiri bagi apa-apa tindakan atau prosiding terhadap atau mengenai apa-apa perbuatan, perkara atau hal yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dan dalam menjalankan mana-mana hak atau kuasa Lembaga atau hak atau kuasa anggotanya dengan wajar.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan mana-mana daripada peruntukan Akta ini dengan wajar.

(2)

Secara khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan kategori hadiah bantuan dan amaun pemberian wang berhubung dengannya;

(b)

memperuntukkan pembayaran gaji dan elaun dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya;

(c)

memperuntukkan penubuhan dan pengurusan suatu skim kumpulan wang persaraan atau simpanan bagi pegawai dan pekhidmatnya.

Pelikuidasian

(1)

Jika pada bila-bila masa wang atau aset lain Yayasan adalah, pada pendapat Lembaga, tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan Yayasan dan bayaran lain, Pengerusi hendaklah melaporkan hal itu dengan serta-merta kepada Menteri.

(2)

Jika apabila menerima laporan itu Menteri berpendapat bahawa suatu rayuan untuk mendapatkan pemberian, derma, endowmen atau hadiah patut dibuat, dia hendaklah dengan serta-merta mengarahkan Lembaga supaya membuat rayuan itu dan Lembaga hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(3)

Jika selepas habis tempoh satu tahun dari tarikh sesuatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (2) tiada apa-apa pemberian, derma, endowmen atau hadiah yang mencukupi diterima oleh

Lembaga, Menteri hendaklah mengarahkan supaya Yayasan dilikuidasikan; dan prosiding bagi pelikuidasian hendaklah bermula mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Yayasan Tun Razak 11

Kanun Keseksaan

Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574] yang berkenaan.

Perpindahan hak milik kepada Yayasan wang dalam tangan penganjur

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, semua wang dan aset lain dalam simpanan, kawalan atau pengurusan seseorang menurut apa-apa jua kuasa dan yang didermakan kepada Yayasan atau yang diterima oleh orang itu dalam menjangkakan pemasyhuran Akta ini berserta apa-apa bunga atau dividen yang terakru atasnya hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Yayasan dan hendaklah dipindahkan hak milik dan diletakhakkan pada Lembaga.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 178

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

– TIADA –

Yayasan Tun Razak 13

Akta 178

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Common questions

What is Akta Yayasan Tun Razak 1976?
Akta Yayasan Tun Razak 1976 is Malaysia Act, cited as Act 178 1976, currently marked in force and first recorded in 1976.
Is Akta Yayasan Tun Razak 1976 still in force?
Yes — Akta Yayasan Tun Razak 1976 is currently in force.
When did Akta Yayasan Tun Razak 1976 take effect?
Akta Yayasan Tun Razak 1976 was first recorded in 1976.
How many sections does Akta Yayasan Tun Razak 1976 have?
Akta Yayasan Tun Razak 1976 contains 19 sections.
Where can I read the official version of Akta Yayasan Tun Razak 1976?
The official text of Akta Yayasan Tun Razak 1976 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.