Skip to content
ActIn force

Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1977
Sections
6
Languages
MS · EN

Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 is Malaysia Act, cited as Act 187 1977, currently marked in force and first recorded in 1977.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 187

AKTA PINJAMAN (BANK

PEMBANGUNAN ISLAM) 1977

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Undang-Undang Malaysia 2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … …

7 September 1977

Tarikh penyiaran dalam Warta

… … …

15 September 1977

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001

Pinjaman (Bank Pembangunan Islam)

3

Akta 187

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi Kerajaan Persekutuan menperdapatkan pinjaman-pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [16 September 1977] DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: Tajuk ringkas

Dalam Akta ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain—

“Bank” ertinya Bank Pembangunan Islam;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan.

Kuasa Persekutuan untuk meminjam daripada Bank

Pembangunan Islam

(1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan dan peruntukan-peruntukan Akta ini, Kerajaan boleh dengan apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Bank meminjam apa-apa jumlah wang daripada Bank dari semasa ke semasa sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan.

Undang-Undang Malaysia 6

(2)

Apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Kerajaan di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) bagi keperluan Kerajaan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan dan hendaklah, walau apa pun peruntukan seksyen 3 Akta Kumpulan

Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], digunakan dan dengan ini diuntukkan bagi maksud yang baginya ia dipinjam sebagaimana yang dinyatakan dalam sesuatu perjanjian yang dibuat dengan Bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana bahagian jumlah wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud-maksud yang disebut terdahulu maka bahagian jumlah wang itu boleh digunakan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Bank.

(3)

Sesuatu perjanjian antara Kerajaan dengan Bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh seseorang yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Menteri.

(4)

Dengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu perjanjian dibuat dengan Bank berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), suatu salinannya hendaklah dibentangkan oleh Menteri di hadapan setiap Majlis Parlimen.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam peruntukan seksyen ini boleh menyentuh atau mengurangkan apa-apa kuasa sedia ada yang lain bagi Kerajaan untuk meminjam wang.

Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang, Kerajaan boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud menguatkuasakan terma-terma sesuatu perjanjian yang boleh dibuat olehnya dengan Bank berkenaan dengan apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 3(1).

Pinjaman (Bank Pembangunan Islam)

(2)

Sesuatu bon, nota janji hutang atau surat cara lain itu boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Menteri.

Timbang tara

Jika timbul apa-apa pertikaian antara Bank, pada satu pihak, dengan Kerajaan, pada pihak yang satu lagi, di bawah sesuatu perjanjian yang dibuat atau di bawah sesuatu aku janji yang diberikan pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini atau di bawah sesuatu bon, nota janji hutang atau apa-apa surat cara yang dikeluarkan menurut sesuatu perjanjian itu, pertikaian itu hendaklah diputuskan melalui timbang tara mengikut cara yang dipersetujui oleh pihak-pihak itu dan apa-apa award yang dibuat dalam timbang tara itu boleh dikuatkuasakan di dalam Persekutuan dalam semua hal seolah-olah award itu telah dibuat dengan sah dalam suatu timbang tara di bawah *Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan timbang tara yang pada masa ini berkuat kuasa di dalam

Persekutuan dan bagi maksud-maksud seksyen ini, peruntukan-peruntukan Akta atau undang-undang itu hendaklah mengikat

Kerajaan.

Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian

(1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan tetapi walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang sedia ada yang lain, sesuatu perjanjian yang dibuat dengan Bank berkenaan dengan sesuatu peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 3(1) dan sesuatu bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut perjanjian itu dan sesuatu aku janji yang diberikan berkenaan dengan perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara itu oleh Kerajaan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan dan mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya di dalam Persekutuan mengikut termanya masing-masing.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan-peruntukan subseksyen (1)—

(a)

Menteri boleh memperuntukkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar masing-masing di bawah Akta

Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], atau Akta Setem 1949

[Akta 378], hendaklah diremitkan jika peremitan itu perlu

*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Timbang Tara 1952 [Akta 646]–lihat s. 51 Akta 646.

Undang-Undang Malaysia 8

untuk menguatkuasakan dengan secukupnya dan sepenuhnya perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara itu;

(b)

tiada apa-apa jua peruntukan dalam Akta Kawalan

Pertukaran Wang 1953 [Akta 17], boleh terpakai bagi apa-apa transaksi yang diperlukan untuk membuat pembayaran dalam apa-apa mata wang mengikut terma-terma perjanjian, surat cara atau bon itu dalam apa-apa mata wang.

(3)

Baik Kerajaan mahupun mana-mana agensinya mahupun

Bank Negara Malaysia tidak boleh, kecuali sebagaimana yang dipersetujui selainnya antara Menteri dengan Bank, mengadakan apa-apa lien atas mana-mana asetnya sebagai cagaran bagi sesuatu hutang luar negeri melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan menjamin pembayaran, dengan cara sama banyak dan mengikut kadar, wang pokok dan caj-caj mengenai sesuatu pinjaman yang diberikan oleh atau sesuatu bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut sesuatu pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada Kerajaan.

(4)

Dalam subseksyen (3)—

“hutang luar negeri” ertinya apa-apa hutang yang kena dibayar dalam apa-apa medium, selain mata wang yang pada masa yang berkenaan itu sah diperlakukan bagi pembayaran hutang persendirian dan hutang awam di dalam Persekutuan sama ada hutang itu kena dibayar secara mutlak atau atas opsyen pemiutang dalam medium yang lain itu;

“lien” termasuklah gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan dan keutamaan daripada apa-apa jenis.

Pinjaman (Bank Pembangunan Islam)

9

Akta 187

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari-TIADA-Undang-Undang Malaysia 10

Akta 187

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-

Common questions

What is Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977?
Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 is Malaysia Act, cited as Act 187 1977, currently marked in force and first recorded in 1977.
Is Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 still in force?
Yes — Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 is currently in force.
When did Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 take effect?
Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 was first recorded in 1977.
How many sections does Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 have?
Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 contains 6 sections.
Where can I read the official version of Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977?
The official text of Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Islam) 1977 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.