Skip to content
ActIn force

Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1981
Sections
10
Languages
MS · EN

Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 is Malaysia Act, cited as Act 251 1981, currently marked in force and first recorded in 1981.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 251

AKTA KUMPULAN WANG

PINJAMAN PEKEBUN

(PEMBUBARAN) 1981

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 17 Julai 1981

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 23 Julai 1981

3

Akta 251

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi memansuhkan Enakmen Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun, membubarkan Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun yang ditubuhkan di bawah Enakmen tersebut, memindah milik dan meletakhak semua harta dan obligasi kepada Bank Pertanian Malaysia dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara lain yang bersampingan atau berkaitan denganya. [1 November 1981, P.U. (B) 634/1981] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Pinjaman

Pekebun (Pembubaran) 1981 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam

Warta.

Tafsiran

Dalam Akta ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain—

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 251

“Bank” ertinya Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah

Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9];

“Enakmen” ertinya Enakmen Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun;

[N.M.B Bab. 131]

“harta” termasuk semua estet, kepentingan, gadaian, gadai janji, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang, dalam, terhadap atau daripada harta, dan perkara dalam tindakan;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun yang ditubuhkan di bawah Enakmen itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan kewangan.

Pemansuhan dan pembubaran

Enakmen adalah dimansuhkan dan Kumpulan Wang adalah dibubarkan.

Pindah milik kuasa, hak, dsb.

Semua kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan kuasa hak obligasi yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini yang terletak hak, pada Kumpulan Wang hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada Bank.

Pemindahan harta

Semua harta alih dan tak alih dan aset lain yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Kumpulan Wang hendaklah, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, dan tanpa apa-apa jua pemindahakan, penyerahhakan atau pindah milik, diletak hak kepada

Bank yang sama dari segi hakmilik, estet atau

Kumpulan Wang Simpanan Pekebun (Pembubaran) 7

kepentingan dan pemegangan serta maksud dengan yang diletak hak atau dipegang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini.

Pemindahan wang

Semua wang yang ada dalam Kumpulan Wang dan yang kena dibayar masuk ke dalamnya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa

Akta ini dipindahkan dan diletak hak kepada Bank.

Kontrak yang sedia ada

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan yang ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 5, hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau oleh Bank dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah Bank telah dinamakan dalamnya atau menjadi satu pihak kepadanya dan bukan Kumpulan Wang atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kumpulan Wang.

Penerusan prosiding sivil

(1)

Apa-apa prosiding sivil atau kuasa tindakan yang menunggu keputusan atau sedia ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Kumpulan Wang atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Bank yang mungkin diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kumpulan Wang atau orang sedemikian itu seolah-olah

Akta ini telah tidak diluluskan.

(2)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini terhadap keputusan yang diberi sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang mana Kumpulan

Wang menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap Bank.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 251

Pegawai dan pekhidmat

Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini telah diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Kumpulan

Wang hendaklah, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, ditawarkan untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Bank, atas had dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat yang dinikmati oleh mereka sebagai pegawai dan pekhidmat Kumpulan Wang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa

Akta ini.

Menghalang kesukaran atau anomali

Jika timbul apa-apa kesukaran atau anomali berhubung dengan pelaksanaan peruntukan Akta ini, Menteri boleh dengan perintah membuat apa-apa kaedah atau peraturan sebagaimana didapatinya perlu untuk menghapuskan atau mencegah kesukaran atau anomali itu.

9

Akta 251

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

10

Akta 251

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Common questions

What is Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981?
Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 is Malaysia Act, cited as Act 251 1981, currently marked in force and first recorded in 1981.
Is Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 still in force?
Yes — Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 is currently in force.
When did Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 take effect?
Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 was first recorded in 1981.
How many sections does Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 have?
Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 contains 10 sections.
Where can I read the official version of Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981?
The official text of Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.