Skip to content
ActIn force

Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2020
Sections
3
Languages
MS · EN

Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 is Malaysia Act, cited as Act 826 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 826

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 826

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

30 Januari 2020

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

10 Februari 2020

Hakcipta Pencetak H

Perlindungan Penderma Makanan 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 826

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan untuk penderma makanan daripada apa-apa liabiliti sivil dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Penderma

Makanan 2020.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 826

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 826

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“makanan” ertinya makanan yang digunakan atau dihasratkan untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya untuk makanan manusia dan termasuklah—

(a)

apa-apa bahan mentah, lebihan, dimasak, diproses atau disediakan untuk dimakan;

(b)

apa-apa minuman lebihan, dimasak, diproses atau disediakan; dan

(c)

apa-apa ramuan mentah, lebihan, diproses atau disediakan;

“penderma makanan” ertinya mana-mana orang yang menderma atau mengedarkan makanan kepada mana-mana orang tanpa apa-apa bayaran ataupun apa-apa bentuk balasan dan termasuklah mana-mana perbadanan, perkongsian, perusahaan, persatuan, entiti kerajaan, pengeluar, pembekal, pemborong, peruncit, pasar raya besar, pasar raya, hotel, restoran, katerer, pengeluar pertanian, badan khairat, pertubuhan khairat, yayasan atau organisasi atau entiti lain dan pengarah, ejen, atau pekerjanya, atau sukarelawan.

Perlindungan penderma makanan

Seseorang penderma makanan tidak menanggung apa-apa liabiliti sivil berkenaan dengan kecederaan diri atau penyakit yang dideritai oleh mana-mana orang, atau kematian mana-mana orang, yang diakibatkan daripada pengambilan makanan yang didermakan atau diedarkan oleh penderma makanan melainkan jika boleh dibuktikan bahawa—

(a)

kecederaan diri, penyakit atau kematian itu disebabkan oleh kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh penderma makanan;

(b)

penderma makanan itu tidak mematuhi mana-mana kehendak berhubung dengan keselamatan dan kebersihan makanan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum menderma atau mengedar makanan;

Perlindungan Penderma Makanan 7

(c)

makanan itu tidak selamat untuk dimakan pada masa makanan itu didermakan atau diedarkan kepada mana-mana orang; dan

(d)

pendermaan atau pengedaran makanan itu tidak dibuat dengan suci hati.

Common questions

What is Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020?
Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 is Malaysia Act, cited as Act 826 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Is Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 still in force?
Yes — Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 is currently in force.
When did Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 take effect?
Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 was first recorded in 2020.
How many sections does Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 have?
Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 contains 3 sections.
Where can I read the official version of Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020?
The official text of Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.